Wednesday, January 7, 2009

FaQih DarWiSh - EpilOg seOraNg akU

Dengan keimanan yang tidak lekang dari jiwaku setelah dipupuk oleh ibu dan bapaku sehinggalah aku dewasa kini, keazamanaku jadikan tembok kesabaran dalam mengejar sesuatu yang mencabar dalam hidupku. Malah aku bersabar untuk mencapai kejayaan. Entah berapa lama, namun aku menunggu dan terus menunggu...entah sampai bila.

Aku tahu selama ini adalah waktu yang terlalu singkat untuk membuktikan kejayaan dialam persekolahan. Aku mengakui kelemahanku yang belum berupaya menilai keupayaan diri sendiri dalam mengejar cita-cita. Tapi mungkin juga ada benarnya kerana telah mengajarku untuk berusaha dan terus berusaha mencapai kejayaan.

Tiada apa yang dapat untuk aku jadikan bukti selain dari usaha tetapi aku tidak pasti dengan usahaku sendiri dalam mengejar impian hidupku. Aku bukan sekadar mengucapkan frasa usaha untuk menjadi bukti tapi aku bulatkan tekad menggandakannya demi memenuhi angan-angan yang dikatakan persis angan-angan Mat Jenin ini.

Segala cabaran cuba ku tempuhi kerana manjadi hakku untuk menentukan masa depanku sendiri, tetapi bukankah lebih baik jika usahaku terus mendapat sokongan dan restu daripada insan tersayang. Aku sudah cukup serik dengan setiap kegagalan yang aku hadapi. Aku sedih dengan diriku sendiri. Meskipun begitu aku terus menerimanya dengan tabah dan sabar sebagai satu hikmah atas dasar takdir dan hakikat nasibku yang terpaksa aku akui.

Adik-adik Faqih Darwish, telitilah kembali kata-kata ku. Ulanglah lagi memahaminya. Carilah dimana kekuatan, kelemahan dan anggapanmu kerana tafsiran kita berbeza. Sebenarnya kegagalan dan kesilapan bukanlah sesuatu yang patut ditakuti sebaliknya adalah sesuatu yang patut kita gunakan untuk mencapai kejayaan.