Kenangan SPM 2003



Semalam secara rasminya keputusan SPM 2010 telah diumumkan. Emm.. Alhamdulillah sekolah aku berjaya mendapat keputusan yg baik. Sama seperti tahun2 sebelumnya. Ntah la aku pon xpasti sbb ne merupakan tahun pertama aku berada di sekolah ini. Menurut kata cikgu2 yang dah lama berkhidmad di sini keputusan SPM 2010 bolehlah nak dibanggakan. Apa2pon tahniah di ucapkan kepada semua calon2 SPM 2010 SMK Kapit yang telah berjaya. Yang kurang berjaya tu xpe mungkin rezeki belum berpihak kepada anda. Cuba dan terus mencuba. Perkhabaran dari sekolah aku praktikum juga baik2 saja. Keputusan yang diperolehi adalah baik dan ramai pelajar2 yang xdijangka boleh mencapai kejayaan. Hehe mungkin sbb aku berada di sek tersebut seterusnya membangkitkan lagi semangat pelajar2 tok belajar. Aku harap akan terus kekal dan meningkat lagi pencapaian ini dari masa ke semasa.
Kat sini bukan itu yang aku ingin kongsikan. Sebaliknya kenangan ketika aku SPM dulu. Aku bukanlah seorang yang bijaksana sgt inikan pula seorang yang genius. Aku just suam2 kuku jek. Nak kata bodoh xde la sgt yang pasti aku boleh dikira bijak n boleh juga dikira sengal sikit. Masa form 4 & 5 aku bukan pelajar aliran sains yang kononnya nak jadik doktor la, saintis la, profesor la n sebagainya. Aku hanyalah seorang pelajar dari aliran sastera. Aliran yang dahunya dipandang sinis dan sebelah mata. Ya la.. aliran sastera & kemanusiaan ini la menjadi aliran tok org2 yang kurang bijak seperti aku. Aku xlayak tok menjejakkan kaki ke aliran sains. Mungkin kerana keputusan PMR aku yang ala kadar jek. Tapi xpe, itu sume xmenjadi persoalan langsung pada aku. Yang menjadi isunya apabila aku sering saja jadik bahan sindiran dan kutukkan rakan2. Mana taknya, masa form 3 aku dari kelas pertama, tapi bila form 4 aku tercampak ke dalam kelas yang umatnya kebanyakkan dari kelas belakang2. Harus aku jadi bahan ketawa kawan2 aku yang lain. Aku xkisah lagipon mmg aliran sastera menjadi pilihan hati ku semasa di ting 4.
Aku xpeduli pon ngn sume sindiran & hilai tawa kawan2 aku dari aliran sains tu. Xmenjadi kudis pon pada aku. Sebaliknya aku jadikan sebagai semangat tok membuktikan aku yang diperlekehkan ini sebenarnya lagi bijak dr mereka2 yang hidung tinggi itu. Biarkan lah… ketawa la selagi mahu n sindir & kutuk la sehingga puas. Aku tetap telan walau pahit sepanjang 2 tahun berada di ting 4 & 5.  Aku teruskan pembelajaran aku dengan tenang & aman. Semua yang berlaku aku ketepikan semuanya. Namun siapa lah aku. Bisikkan kawan akhirnya mempengaruhi aku tok terus lalai. Pertenaghan ting 4 aku mulai leka dengan keasyikkan fenomena Hip Hop. Macam2 aktiviti aku lakukan bersama teman2 sehingga akhirnya pelajaran aku ketepikan. Dunia hip hop & semua fenomena sosial ketika itu menjadi ikutan aku dengan serius.
Nasibku baik. Aku cepat tersedar dari terus telena panjang. Seawal bermulanya ting 5 baru aku mula menyedari yang aku telah banyak ketinggalan dalam palajaran. Argh….. kerisauan mula menyelubungi aku saban hari. SPM dihujung tahun nanti pastinya memberikan tekanan yang maha dasyat, fikirku. Aku belom bersedia apa2 pon lagi kerana terleka dengan dunia ciptaan aku sendiri. Dengan bantuan guru aku dipimpin semula dari awal. Aku bulatkan tekat dan azam untuk menumpukan pelajaranku. SPM cemerlang matlamatku. Aku tinggalkan semua tingkah laku dan aktiviti yang tidak elok itu mulai saat aku mendaftarkan diri sebagai calon SPM 2003. Aku mula belajar kembali. Apa yang ku tinggalkan selama ini aku mengulanginya kembali. Aku bertuah kerana memiliki guru2, teman2 rapat yang banyak membantu. Begitu juga dengan ibu ayah dan adik beradik ku yang lain. Banyk memberiku semangat dan panduaan.
Hidupku mulai dikuasai ilmu dan buku2. Saban hari aku hanya mengulangkaji dan membuat apa yang perlu aku lakukan sebagai seoarang pelajar. Percubaan SPM 2003, aku mendapat keputusan yang agak baik. Namun aku masih lagi tidak puas hati kerana keputusan tersebut tidak seperti yang aku harapkan. Aku menggandakan usaha dan terus berusaha. SPM 2003 aku hadapi dengan tenang umpama ilmu penuh didada. Keputusan SPM aku nantikan dengan penuh kesabaran dan aku hanya mampu untuk bertawakal.
Akhirnya apa yang aku hajat dan angankan menjadi kenyataan. Berkat usaha aku, doa ibu bapa, guru2 dan rakan2 akhirnya aku memperolehi keputusan yang cemerlang. Lebih membangga kan lagi apabila aku diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM peringkat sekolah. Aku bertambah2 bangga apabila aku turut dipilih menjadi tokoh pelajar. Aku tersangat2 la bersyukur dan gembira dengan apa yang aku perolehi ketika itu. Ya la aku bukanlah seorang yang bijak dan genius seperti kawan2ku di alairan sains tu. Sekurang2nya aku telah membuktikan siapa2 saja sebenarnya mampu berjaya jika kita berusaha. Aku meneruskan pelajaran ke ting 6 dan terus menjejakkan kaki ke universiti. Dan kini aku seorang yang bekerjaya dan memiliki kerja yang baik. Sememangnya menjadi idaman ku untuk menjadi guru / kaunselor bagi membantu pelajar mencapai kejayaan sama sepertiku atau lebih berjaya daripada aku.
Moral disini yang mahu aku maklumkan adalah, walau kita tidak bijak, namun kita mampu untuk terus belajar menjadi bijak. Tapi kalau kita sudah bijak, tapi tidak tahu menggunakan kebijaksanaan tersebut, akhirnya bijak itu akan bertukar menjadi bodoh. Aku dah alaminya so aku akan terus berusaha mencari ilmu dan akan terus belajar untuk menjadi seorang yang BIJAKSANA. ~IMAN BEST~