Thursday, May 17, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012


Disini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2012. "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Demikianlah tema hari guru bagi tahun ini yang membawa makna dan erti yang sungguh mendalam. Sebagai salah seorang warga pendidik saya amat-amatlah berbangga menjadi seorang guru. Kerjaya ini semakin hari semakin mencabar dan semakin hari juga semakin menambat hati saya.

Sebelum ini tidak pernah terlintas difikiran untuk menjadi seorang pendidik yang bergelar GURU mahupun CIKGU. Sejak dari zaman sekolah tiada langsung cita-cita guru terselit di minta mahupun dihati. Tetapi rezeki berjaya menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan sedikit sebanyak telah membuka hati, minda, jiwa, fikiran, dan segalanya dalam diri ini untuk menerima kerjaya guru sebagai kerjaya tetap sepanjang hidup. 

Ramai yang beranggapan kerjaya sebagai seorang guru adalah kerjaya yang paling mudah. Banyak cuti, tidak banyak kerja dan sebagainya. Namun hakikatnya kerjaya guru adalah yang paling sukar dan penuh pancaroba. Andai kata seorang guru tersalah didik pelajar-pelajarnya maka akan rosaklah generasi seterusnya. Maka peranan guru amat-amat penting dalam melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek (jasmani, emosi, rohani, intelek & sosial).

Mengambil bait-bait puitis sajak guru yang amat berharga, 'jika hari ini seorang raja menaiki tahta, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa.... ia hanya bermula dengan didikkan dari seorang guru biasa". Demikianlah bertapa hebatnya kuasa seorang guru yang mampu menbentuk individu unggul. Sama-sama lah kita hayati setiap bait-bait puitis sajak itu demi mengenang jasa semua guru.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua insan yang begelar guru terutama kepada kedua ibu bapa saya, En. Mokhtar Rudin Hj. Ahmad & Pn. Asnah bt. Ahmad, semua guru-guru yang pernah mendidik saya dia SK. Seri Cempaka (1992-1998), SMK Changkat Lada (1999-2003), SMK Sultan Abdul Jalil Shah (2004-2005), UPSI (2006-2010), rakan guru di sekolah praktikum SMK Changkat Lada (2010) dan semua rakan-rakan guru si sekolah yang saya berkhidmat sekarang SMK Kapit (2010-sekarang). Selamat Hari Guru =)

Celik Insan Kerana Guru Unggul = CIKGU