Aduh Salihah

Nama aku Isaac. Aku nak story sikit ttg pengalaman aku bercinta masa zaman2 sek dulu. Mesti korang sume dah biase dgr frasa ini ‘cinta monyet’. Aha.. pedulikan sume apa yg org2 kata. Cinta monyet ka, cinta beruk ka, cinta mawas ka.. ada aku kesah.. yg penting aku sedang dilanda cinta. Hehe mmg hebat bila mengimbau kembali detik2 manis dilamun asmara. Ya la pertama kali tercetus perasaan cinta di dlm sanubari aku ini sepanjang aku hidup. Mana xkenduri satu Malaysia kan hehe. Kisah percintaan aku ne boleh la disamakan dgn percintaan Romeo & Juliet atau percintaan Uda & Dara atau kisah cinta Shahjehan & Muntas. Waahh… gah gitu..

Baiklah.. kisah percintaan ini bermula ketika aku menjejakkan kaki ke ting 6. Arean ting 6 menjadi medan tok aku dan kwn2 yg sengal2 belaka time SPM ini tok menuntut ilmu lalu melangkahkan kaki ke menara gading. Disini mmg ramai kawan2 baru yg aku kenal. Ya la masa form 1-5 kami semua xsama sek. Bila dah berjumpa di form 6 maka makin gamat la kehidupan remaja ini. Aku ne bukan lah seorang yg peramah sgt tapi jenis yg suka jek mengedik2 ngn sume pelajar. Xkira la lelaki atau perempuan. Hehe penah satu kes aku gadoh2 manja ngn bebudak lelaki. Ya la.. kesnya bermula bila aku yg cari pasal dulu la. Biase la aku..Isaac huhu… tapi bukan itu yg aku nk kongsikan ngn korang sume. Ini kisah fenomena cinta pertama aku yg bergelar ‘Aduh salihah…’.

Sebenarnya aku ngn salihah ini satu kelas. Dalam kelas tu aku sorang jek jejaka idaman yg ada. Lelaki2 yg laen mbe takot nk dok dlm kelas tu. Mgkin sbb takot tergugat iman tgk girl2 yg cun abis terutama salihah la. Emm semakin hari aku memandang salihah ne semakin aku dpt rasai kecantikkannya. Hehe jiwa aku pernah berbisik, andai satu hari nnti salihah menjadi suri hidup aku pasti aku akan memiliki anak2 yg comel haha.. tinggi toi la anggan2 aku. Ntah la.. setiap kali aku memandang salihah pasti jiwa aku berkocakan, xkeruan & xmenentu. Saban hari aku dirundung rasa rindu yg teramat. Perasaan kasih syg dihati aku terhadap salihah mulai menebal. Semakin hari semakin tebal sehingga aku xtertanggung untuk menanggung bebannya lagi.

Akhirnya aku mengambil keputusan tok menyatakan rasa hati aku kepada salihah. Aduhhh..salihah.. malang nasib ku ini. Salihah tidak menerima permintan aku ingin jadikannya kekasih aku. Malah salihah jugak tidak menolak. Aku kebingungan mimikirkan apakah sebenarnya yg berlaku. Setelah dijelaskan salihah br lah aku lebih jelas dgn kehendak dirinya. Salihah mahu aku dah dirinya berkawan dahulu dan mengenali hati budi masing2. Ooo br aku faham. Namun demikian aku diminta tok menyatakan hasrat aku mahu berkawan dgn nya kepada keluarganya. Aduhhh.. sekali lagi hati aku gundah gulana. Bukan lagi kerana rindu yg menebal sebaliknya kerana rasa takot & gementar. Tapi demi salihah aku sanggup lakukan apa saja. Aku yakinkan diri tok berdepan ngn keluarga salihah. Dgn gigih aku dtg ke rumah salihah tok berjumpa keluarganya. Alhamdulillah… ayah, mak, abg, kakak dan adik2 beradik salihah dpt menerima aku seadanya. Lega siott.. rasa dunia aku yg punya. Hehe kini aku dah dpt green light dr family salihah. Hehe dgn bangganya aku terus merapatkan lagi diri ngn salihah. Membina hubungan hehe..

Ishh.. dalam usaha aku tok mengenali salihah ini mcm2 la dugaan yg aku hadapi. Antaranya gosip2 liar yg menusuk ketelingaku saban hari. Itu ini sama ada berkaitan diri aku atau salihah. Nasib aku ngn salihah saling memahami. Ala.. asam garam tgh feel ini love biase la tuh kan.. asyikkkk… walau aku ngn salihah tidak memutuskan sebarang bentuk perhubungan diantara kami namun salihah penah memberitahu aku “apabila kita berdua sudah berjaya, pasti sy akan terima awak”. Emm.. kata2 salihah itu boleh la aku anggap sebagai sebuah ikatan janji. Mudah2an akui ngn salihah akan berjaya pada masa akan datang dan mbe kami dapat bersatu sebagai sepasang kekasih.

Selesai exam STPM. Aku bertanya kembali kepada salihah apakah status diri aku dihatinya. Aku kecewa buat kali kedua. Jawapan salihah masih lagi sama. “bila kita berdua sudah berjaya, pasti sy akan terima awak”. Argh.. aku terima jwapan salihah itu dgn muka yg kelat. Namun perasaan aku masih berbunga2 berharap masih ada ruang lagi aku dihati salihah. Keputusan STPM keluar. Wauuu… result aku sgt2 memberangsangkan. Aku Berjaya dgn jayanya. Salihah pon sama. Kami masing2 berjaya melakar sejarah apabila berjaya memperolehi keputusan yg membanggakan. Akhirnya aku dpt melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti. Begitu juga salihah yg berjaya melanjutkan p elajaran di  utara tanah air. Selepas memasuki alam universiti aku langsung tidak dpt menghubungi salihah. Aku bersusah payah dan berusaha keras tok menghubungi salihah. Termasuk lah menggunakan khidmat kwn2 rapat. Namun jawapan yg aku terima kekal hampa.

Aku keliru.. mengapa salihah seakan menjauhkan dirinya daripada ku. Aku masih tidak pasti. Apakah salahku. Aku kekal syg dan kasih padanya. Namun aku dibalas dgn penantian dan keputusan yg xpasti. Sehinggalah aku berada ditahun 2 di universiti. Satu hari 2 aku menerima pesanan ringkas yg menyatakan bahawa dirinya adalah salihah. Waaa.. bukan maen gembira jiwa aku apabila org yg aku kasihi dan sygi akahirnya menghubungi aku kembali. Aku bertambah gembira apabila salihah turut memberikan keputusannya yg telah lama aku tungu-tunggukan. Yess!!! Salihah menerima aku sbagai kekasihnya. Riang bukan kepalang aku apabila penantian aku selama ini berakhir dgn kegembiraan.

Aku menjalani kehidupan bercouple sama seperti couple2 yg laen. Walau jarak yg jauh memisahkan aku ngn salihah, namun xpenah memutuskan perasaan syg aku kepadanya. Salihah juga begitu. Semakin hari hubungan aku ngn salihah smakin baek. Salihah selalu mengambil berat terhadap diri aku. Hari2 salihah bertanya khabar. Pada mulanya mmg aku selesa, namun lama kelamaan, kesibukan aku dlm tgas sbgai pelajar yg  aktif di universiti membataskan kemesraan aku ngn salihah. Namun apabila ada masa yug terluang pastinya salihah menjadi pengubat rindu aku ini. Kehidupan aku yg terlalu sibuk di kampus tlh menyebabkan aku sedikit mengabaikan salihah. Namun aku xpernah bermaksud untuk membelakangkannya. Sebaliknya mmg tgas2 dan komitmen sepenuhnya sgt2 diperlukan di kampus. Akhirnya salihah bekecil hati dgn aku. Aku cuba memujuknya bg mengekalkan hubungan yg dibina ini.

Sehingga satu saat salihah sudah berada ditahun akhir di unversiti. Manakala aku ditahun ke 3 kerana pengajiaan ku memakan masa selama 4 tahun. Salihah memberitahu ku bhawa dia ingin menjalani praktikal di salah sebuah negeri di selatan tanah air. Dgn alasan yg kukuh aku mbenarkan salihah tok menjalani praktikal disana. Sepanajang menjalani praktikal aku ngn salihah agak rengang. Mungki keran kesibukan aku  dgn pelbagai aktiviti dikampus. Selain itu mgkin salihah sendiri sibuk menjalani latihan praktikalnya di syarikat tersebut. Tanpa aku sedari, kesibukan aku telah myebabkan salihah rasa kesunyian. Bagi mengubat kesunyiannya, salihah mula bergaul dgn rakan2 sekerja yg laen. Dlm diam, ada rakan sekerja yg meminati salihah. “Aku just agak jek sbb salihah xpenah jelaskan pada aku perkara sebenar cam ne dia leh kenal lelaki ini”. So apabila aku semakin jauh ngn salihah, hubungan salihah semakin rapat ngn lelaki yg sering mengambil berat terhadapnya. Ini semua berlaku diluar pengatahuan aku kerana aku menganggap salihah baik2 saja disana.

Cuti semester. Aku balik ke kg setelah penat mengikuti pertandingan debat di utara tanah air. Salihah sudah selesai menjalani praktikal dgn jayanya. Satu hari aku menerima SMS ringkas drpada salihah. “betul sungguh awak nak sy.. klo ada org pinang sy bgaimana?.. boleh awak masuk pinang sy skg?...??” itu adalah antara sms salihah yg membingungkan aku. Aku xmampu untuk berkata apa2. Aku jelaskan pada salihah, pastinya bila aku sudah tamat belajar dan  mempunyai kerja tetap pasti salihah akan aku sunting menjadi suri hidupku. Namun salihah menberitahu ku bahawa ada org merisiknya. Aku xterkata apa2 hanya aku boleh janjikan kepastian jika aku dipanjangkan umur pastinya satu hari nnti aku akan meminang salihah. Apalah daya aku umur 22 tahun dan masih belajar mahu meminang anak org. study pon hutang ngn PTPTN. Demi tidak memalukan keluarga salihah yg umpama keluarga ku sndiri aku menyatakan bahawa aku redha jika itu jodoh salihah. Aku rela salihah terima demi mempertahankan maruah keluarganya. 

Akhirnya lamaran tersebut salihah terima. Pastinya perasaan duka dan kecewa menyelubungi hidupku. Aku terus terputus hubungan ngn salihah. Tepat tarikh lahirnya yg ke 22, salihah selamat menjadi tunangan org. tupon kwn2 yg beritahu. Sedih dan pilu hatiku ini. Jun 2009, salihah selamat diijab kabulkan dgn pilihan hatinya. Sehingga kini salihah masih lagi bahagia terutama apabila salihah telah dikurniakan seorang cahaya mata yg comel. Aku redha dgn apa yg terjadi. Walau lama aku menanti salihah itu tidak menjadi bebanan padaku kini terutama apabila aku melihah salihah bahagia. Aku sntiasa mendokan kesejahteraan salihah sehingga keakhir hayat.

Moral dari kisah ini, klo korang ada kekasih.. jg kekasih korang baek2 ya. Jgn abaikan n cuba jadik yg terbaik. Jgn menyesal bila tgk org yg kita syg bahagia disisi org laen. Klo dah jadik cam aku ne xde benda laen, korang sume kena la carik yg laen hehe.. yg pastinya ada ke org nak aku..haha ada aku kesahh… isaac2…

kisah ini xde kena mengena ngn kehidupan aku ok. just cerita dari hati seorg mber aku yg penah rasa kaciwa dlm bercinta haha.. ~IMAN BEST~