Monday, July 13, 2009

KEJA PART TIME KAT CC

haha.. syok bangat lor..
aku baru jek balik dari g interview keja.
hehe jgn jeles ek klo aku katakan yg aku dpt job tu.
huhu xsangka toi aku leh dpt.
mbe sbb daya aura aku yg mantOp ne kot
membuatkan tokey CC tu boleh menerima aku
sebagai pekerjanya.
ala wajah2 aku kan ada iras2 artis
kesayangan ramai hans isaac tu.
so sure2 lah tokey CC tu tertarik n terkesima
melihat keayuan ++ kekacakkan wajah ku ini.
hehe aku gurau jek la..
muka aku xla seensem tu. tapi ada la
bias2 ++ tempias2 hans isaac & ajai tu sikit huhu..
ntah la, mmg dah rezeki aku kot.
aku pon mmg nk keja kan
isi masa terluang aku yg
bersepah2 sem ner. jadual mmg
best bnyk waktu pree tapi aku plak
jenis xleh dok diam.. tu yg mtak keja.
alhamdulillah aku dpt keja huhu
walau aku tgh tension nk iapkan slide
pembentangan proposal tesis esok
namun berita dapat keja ne terus wat aku
hapy n semangat nak keja cpt.
dok plak ngan abg am tu kaaa.. hehe
abg am.. staf keja kat situ gak..
hehe xsabo aku nk mulakan keja tu.
terasa cam dah jadi ahli kelab CC tu plak.
nnti keja baek2 la. tarik pelanggan bg ramai.
yg lagi best nk bg servis terbaek.
ala2.. keja sesunguh la tu kan.. azam ner..
anyway kepada sume mber2 yg ada ne
mulai esok klo korang nk g CC ke, nk
gn komputer ke, nk print ke, nk ftstet ke..
korang mari le kedai yg aku keja ner.
xde la dpt dikaun tapi dpt la memajukan
CC tu. org melayu punya..tau..
so sesama memajukan bness bangsa melayu ek.
ok la.. mekasih bnyak2 kat sume yg bagi
aku moral spot tok aku bekerja n berniaga.
bkan gila cari duit tapi ada matlamat sndiri.
hope suatu hari nnti aku akan mperolehinya
seperti yg aku hajati. doa2kan ek.
amin...
-iman best jugak-

PEMBENTANGAN PROPOSAL LATIHAN ILMIAH

uhu3.. xtau la apa perasaan bila korang berada di kedudukan pelajar2 B&K sem 7 skg ner. mbe ada yg gabra sampai xleh tido mlm atau mbe ada yg dah mula bercakap sorg2 depan cermin tok memahirkan diri bila berdepan dengan pensyarah penilai nnti. tapi aku yakin mmg begini la kot suasana dan keadaan mber2 aku yang lain. sume mula menggabrakan diri. kecut proposal latihan ilmiah direject. ya laa.. sapa x gabra, usaha satu semester menghasilkan proposal tesis yang mantap tiba2 direject bila present xbaek n xbest. kira xdpt meyakinkan pensyarah penilai la. sure la rasa bengan n tension siot. silap ari bulan yang jenis xkuat iman & pegangan diri sure2 kot leh gantung diri. skg pon ramai dah yang aku tgk ada ciri2 tingkah laku abnormal
a.k.a bilazim (kata cik amy huhu)
ne sume adalah sebab fenomena pembentangan proposal latihan ilmiah yang
akan bermula esok. hu2... sume org kecut tunggu giliran masing2. tapi
lain plak ngn aku. aku xplak rasa kecut atau apa2 sperti mber2 yang laen.
bukan sbb aku konpiden sgt ngn proposal aku tu tapi aku rasa apa yang aku
dah wat ebeum ner dah ckup baek pon. klo kn reject so wat jek la yang baru.
bukan susah yg pasti aku nk abis belajar.
heheh aku rasa sume org dah tau yang aku menjadi individu pertama akan
membentangkan proposal tesis nnti. dari 140 ++ studnt B&K aku telah
terpilih untuk menjadi org pertama membentangkan hasil kajian aku
smemster lepas. walau just proposal jek, tapi kan maen susah lagi nk aku siapkan.
ya laa perlukan bnyak benda sebagai sumber kajian. mana leh maen
taruk idea sndiri jek. huhu nasib baen sem lepas aku dpat baek
result papar Dr.Nasir walau final aku bnyak salah huhu...
menjadi org pertama mmg aku suka. bukan nk tunjuk ek atau ekyen jek lebih..
tapi mana tau rezeki aku proposal aku diluluskan untuk dibawa ke lapangan
kajian sebenar.. waaa.. kira sakan la aku. sah2 jadi popular jap. bestnya..
so aku kn la wat bebaek ok. xmau la poyo2. aku tetap yakin dgn kemampuan
diri aku membentangkan hasil kerja aku sebelum ini. cik nani selaku pensyarah penilai aku. so kn la amik hati dia jugak kan. hope sok sume baek2 belaka. xsabo aku nk curahkan segala ilmu n idea yang bersarang dalam kepala otak aku sekian lama ner. huhhu hope sume mber2 bg sport kat aku sok tok wat best mest ++ meletop2. hihi xsabo tgu sok. ada perkara yang lagi best akan aku lalui
selain bentang proposal tesis ner. huhu cpt la ptg sok. aku xsabo
nk kesana melihat sesuatu yng menjadi pujaan hatiku. huhu
nak tau ke? hehe kena la teroka aku dlm2 ek huhu..
ok la hope sume baek2 jek tok pembentangan tesis ne.
hope gak proposal aku lepas n diluluskan.
nnti aku cpt2 siapkan apa2 yang epatutnya disiapkan.
uhu3.. aku nk g interview keja part time ne. hope dpt keja tu.
nnti boleh mkn beso. doa2kan ek muahhhh3..
-iman best-

Wednesday, July 8, 2009

CINTA AZALI


Semenjak mula kita bersua,

Begetar rasa didalam jiwa,

Apakah ini tandanya,

Ada janji antara kita.



Setiap hari kita berdekatan,

Terasa hangatnya kemesraan,

Bila kita berjauhan,

Gelora jiwa kerinduan.



Kita bersama terus kembara,

Jauh ke taman asmara,

Disana cinta berpadu,

Menjadi satu.



Demi cinta suci ini,

Kurnia dari ilahi,

Biarpun kelautan api,

Sanggup diharungi.



Memamng sudah suratan azali,

Kita dipertemukan didunia,

sehingga kita kembali,

Bertemu semula disyurga.


P/S : Kembali Indah = aku menemuinya =

Monday, July 6, 2009

The HapPy Geng aT TamaN MaLim a.k.a. Geng Umah Sewa MeletOp.

Pertamanya biar la aku memperjelaskan tentang kewujudan geng @ klik yg sentiasa happy selalo ini. Geng Happy ini telah diasaskan oleh Faiz Nawi dan di sokong oleh Zaini Zulkiflee berserta ahli2 geng yang telah mendaftar secara rasmi & on line. Antara ahli yg terawal daftar adalah Ismail Jaafar, Robin Mojimbun, Shahrihan Daud dan Iman Wahyu. Ahli yg telah daftar ini terus kekal dan xbertambah2 kerana keahliannya telah ditutup. Tidak seperti keahlian geng di seberang sana iaitu geng taman bernam huhu. Baek lah skg tiba masa untuk kita semua mengenali ahli Geng Hapy yg sntiasa ceria ini...
Mohd Faiz Mohd Nawi


Ne mamat kelam kabut kat umah ner. Walaupun dia ner pengasas Geng Hapy ini, namaun sering kali dia tidak kelihatan seperti ketua. Asik menyerah kalah jek ngn timbalan yg gila kuasa. Lama2 pengasas yang dok ajak kita org sewa umah ner memberi mandat ketua keluarga kepada Zaini. Zaini yg tersenyum lebo bangga dengan pencapaian cemerlangnya menjawat jawatan ketua Geng hapy yg baru. Berbalik kepada Faiz. Emmm.. secara jujurnya dia ner agak cuby. Xgemok xkurus. Kira ala sedap di cubit selalo la. Dari aspek mental n pencapaian akademik antara ramai2 mmg Faiz paling cemerlang. Study sakan tapi bila nak exam jek. Sggup xtido mlm. Yg lagi haru skg ner Faiz nak berdiet? Hihi cam kelako plak.. nak turunkan berat badan n buang lemak2 tu. Apa2 pon Geng Hapy tetap sokong usaha Faiz ner. Emm.. boleh tahan jugak sbnarnya Faiz ner. Pling nk di bangga kan pencapaian dia dlm semua bidang. Itu ini sume dia masuk. Debat la, JMK la, MSK la. Cam gila glamOr pon yek. Kira popular jgk la dia ner seantero UPSI. Apa2 pon tok Faiz ko mmg best. Xde ko Geng hapy xceria lor….

Zaini Zulkeflee




Ahaha.. aku nk gelak dulu bila ingat dak ner. Selepas diberi mandat menjawat jawatan ketua umah terus lupa t.jawab. kena selalo ingatkan Zaini ner. Kot2 ramai anak2 yg xmkn lagi kan. Smpai kurus badan si Ismail sem lepas huhu.. waa.. zaini ner..boleh tahan jugak orgnya. Skg ner dah mula berjinak2 dalam membuat lawak bodo ngn aku. ++ lucah pon ada haha.. tapi tu yg wat dia kelihatan hapy n ceria. Zaini ner eksen jek lebih. Bergaya bila nk g kuliah. Tapi kat umah serabut n serabai. Sama ngn robin jugak. Yg bagus nya zaini ini dia caring pada semua. Xkira la anak kandung ke atau anak tiri ke (Paen & Appy sahaja anak tiri umah ner) dia layan sama jek. Yg lagi best Zaini ner baek la. Ensem pon yek bg org yg buta melihatnya. Bg aku boleh2 laa huhu... dari aspek laen Zaini mmg best. Layan jek sumenya. So nasihat aku pada sapa2 yg nk ngorat n kenal Zaini ner better tabahkan hati ngn lawak siOt dia tu. Klo xmenjadi pon lawak dia korang gelak la jugak ek. Kang kecik ati plak. Tapi klo bnyk yg lucah2 tu korang lempang jek. Biase la mahaguru Iman turunkan ilmu n wahyu tapi dia terover aplikasi plak huhu. Zaini mmg best laaa...

Ismail Jafaar




Ai.. si motel n cute miut umah aku ner. Baek jek dak ner tapi terover ngada2 kadang2 tu. Cam sengal. Mbe ngn aku jek kot dia selalo ngada2 cam cipan lapo. Ngn yg laen2 xtau la plak aku. Huhu Mail ne bagus sgt. Diantik secara rasmi menjadi AJK dakwah solat n islamiah umah ner. Tetapi sepanjang satu tahun lebih dok umah ner xpenah plak aku nampak dia ketuai solat jemah n bacaan yassin. Ada la sekali dua Mail ne bertepik memekik suh semayang. Tapi dia plak wat dek n smbung tido..tup2 dia paling last semayang huhu. Tapi xpenah tinggal solat maa. Kira anak yg baek la ne. Mail ner gak suka masak. Tapi bnyk nyebuk jek kot dari tolong. Klo Robin, Zaini n aku masak sure dia ada tlg rasa. Skg ner plak dlm proses diet. Haha.. tgu pose kang ko diet la puas2. Bg kering terus pon ok. Mail jgn mare2 ek kang kena jual.. ko kan selalo menyentap aku kan.... hehe..
Robin Mojimbun


Budak sabah ner paling cool kat umah ner. Xbnyk ckp tapi tindakanya cpt. Terkenal dgn tredmarknya ”awak ensem la...biase2 jer...” & "awak kecewa ya" kira skill tok bermanja2 cam Mail jugak la dak ner. Sepanjang dok ngn robin ner best jugak. Bnyk benda leh dikogsikan. Terutama bila time bergosip. Tgk jek robin ner cam tu hakikatnya suka bangat bergosip. Klo ngn Zaini tu xtau la apa yg di bincangkan. Pasal pompuan mesti la. Robin ne rajin tlg masak. Klo dia masak mmg tip top. Sedap bangat. Masak ala2 hotel gitu. meletOp seee… secara keseluruhannya Robin ner la yg perangainya baek sikit kat umah ner. Nmpak pendiam… tapi klo dah mula menyanyi xmau berenti dah. Mentang2 suara merdu kan. Apa pon Robin ko la chef pling teror kat umah ner. Megie goreng satu huhuhu...

Shahrihan Daud



Hihi JMK UKLK ner. Jgn memain. Sapa tgk mesti xpecaya. Kecik2 cili padi ner. Org kelantan yg menawan hati sesapa jek. Uhu3.. nama glamornya Hans... ada la iras2 Hans Isaac kot. Sbb tu mber2 sume panggil dia Hans. Ntah la.. agaknya kot. Bagus Hans ner. Dok umah dok melepak jek. Aku xpenah plak nmpak dia kemas2 umah. Selalonya Zaini ngn aku jek. Emm.. tapi bila tgk bilik dia agak kemas la jugak klo dibandingkan dgn bilik kat penjara perlop tu kan.. Mail kwn sebilik Hans. Berkepit jek dua eko ner. Elok la tu sorg beso sorg kecik. Seimbang la umah aku ner.. huhu. Secara peribadinya aku melihat Hans sbgai insan yg kerdil sgup menolang sume org xkira la sapa2 pon. Sbb tu Hans nampak baek jek. Kadang2 mulut dia ne boleh tahan jugak. Geram jugak aku dibuatnya. Ckp lepas jek kalah aku huhu. Tapi sbb lawak2 sengal Hans ner la wat umah aku ceria n bombastik gitu huhu.

Iman Wahyu


Ini la insan yg paling best kat umah ner. Hehe walau aku dicampakkan di bilik paling ujung dia ceruk dapo tapi aku tetap bangga ngn korang sumer. Dak umah aku ner la yg terbaek bg aku. Semuanya kita berkongsi bersama. Dari makan smpai la luahan hati perasaan. Syahdu gitu. Dah mula sem baru ner hope hubungan kita Geng Hapy semakin jelekit ok. Boleh la kita manja2 selalo. Jgn lupa tlg2 la bness aku ek. Nnt tlg la aku pek kerepek n promote perfume aku tu huhu... apa pon korang sume mmg best. Korang telah menceriakan idup aku sepanjang duduk umah sewa ner. Hope hbgn kita kekal abadi selamanya. Hahaha.. jgn lupa dpt PTPTN bayo duit umah kat aku selaku bendahari adil lagi amanah ner uhu.. 600 mari.. aden kayoOoooOO..
Paen & Appy





Walaupun korang ner cam anak tiri umah ner tapi layanan pd korang tetap class A tau. So pandai2 la menghargainya. Xreti2 belnaja mkn ker? Heheh tok Paen klo dok umah ner jgn selalo nk ngadu gestrik jek. Klo lapo masak le mgie sndiri huhu. Kang kata kitaorg x bg mkn plak kat mu. Tok Appy pas ner klo nk lepas tension ngn karaoke kena bayo tau. Robin nk cas RM 1 satu lagu. Lagi satu jgn nyanyi kuat2 kang marah plak auntie sebelah umah ner. Klo lagu industan @ tamil xpe.. sbb auntie tu suka hahah... ingat tu ek..







































zOom TERENGGANU 09

Hehe.. kat sini aku nk share la perjalanan kaki aku sepanjang cuti semester ner. Ntah napa aku tension bangat semester lepas tau. Exam pOn xleh nk wat baek2 la sgt. Result pOn cikai2 jek la. Tapi aku still Ok beb. Xde prOblem la dlm study ner. Yg pEnting bak kata Aym Mastura “kita happy”

So sepanjang cuti semester ari tu aku telah zOom satu Malaya.. eh2.. silap.. satu semenanjung. Tapi bnyak kearah pantai timur yg mmg sepanjang umur idup aku x penah jejak lagi. Mmg menarik perjalanan ne sbb aku xbiase ke sana. Ne la pertama kali aku merayap ke pantai timur sOrg2. destinasi yg hendak dituju apa lagi negeri yg penuhnya penyu n orgnya pOn cam penyu gak (azril n pOji jek) yg laen rakyat terengganu Ok baek2 belaka ahaks...

Aku g sana dlm 3 minggu gak la. Emm lama gak tu. Aku g dari 14 mei smpai la 1 jun. Mekasih aku ucapkan kepada abg wan & azril kerana bg aku tumpang tidO kat umah korang. Baek sungguh ati u all ner. Nnti aku belikan askrim cOklat tOk kOrang berdua ek. Emm sepanjang kat sana abis jugak la beratus2 duit aku walau pOn tumpang umah Org. Duit abis bnyk kat tambang tiket n shOping ler... mekasih jugak kat abg wan yg telah spOnser tiket balik aku ahaha.. jgn jeles.. ahaha.. Xpe la janji aku sntiasa hapy. Xmau tensiOn2 cam exam ari tu. Serabut pala aku.

Sepanjang aku zoOm terngganu ner mcam2 tempat aku g tau. Biar aku stOry dari awal aku smpai la ek.Destinasi pertama aku g sesedah nk masuh terengganu adalah R&R chendOr. Hehe Sure sapa2 yg biase naek bus tu tau tempat ner. Tempat ner la pertama kali aku jejah daerah pantai timur. Waktu tu pagi dah dlm jam 2 pagi. So aku xnmpak apa2 kecuali lampu2 bas & lampu jln huhu... sejuk waktu ner.

Pastu aku berenti kemaman. Dalam jam 2.30 pagi gak la. Ne la area terengganu pertama aku singgah. Kat sini ada mber amik aku. Abg wan nama dia. Baek jek orgnya sebab bagi aku tumpang umah dia sebelum aku g kuala terengganu. Meksih..
Aku dOk dekat seminggu kat kemaman ner. Sepanjang dOk kemaman ne ada la abg wan ner bawak aku rOund2 kawasan sekitar. Tapi bnyk ke negeri pahang la. So aku merasa la g Teluk Cempedak, Kuantan, Cherating n kwsan2 sekitarnya. Mmg best gak dOk kemaman ne. Yg lagi best bila dapat mkn tepi pandai cherating dgn lilin. Romantik siOt. Kena plak angin tiup2 sepOi2 bahasa... ahaha... ala2 wat filem ngn fasha sanda plak.

Dah bOwing dOk kemaman seminggu aku pOn merayap la ke kuala terengganu.
Aku g umah azril dak kelas aku yg tegah hOt dilamun cinta moyet. Apa2 pOn hOpe u all berdua kawin ek. Aku g umah dia sebab akak dia kawin. Dia kawan baek aku sO aku g la sambil2 merayapkan kaki ner uhu3.. mekasih sekali lagi kat abg wan sebab sudi antO aku sampai ke pintu umah azril. KlO x sure la aku kena cOlek. Ya la Org cute jln sOrg2. sure ramai yg nak amik kesempatan kan hehe... xde la. Aku sampai umah azril dalam 22 mei. Seminggu gak aku lepak umah dia sbb kenduri nya pada 29 mei. Saja dtg awal nk tlg apa yg patutkan.. hehe aku kan rajin. Abg wan plak terus blik kemaman umah dia la. Xkan nk dOk sekali kOt.

So sementara tgu umah azril ner kenduri aku ngn azril telah merayap sakan sekitar kuala terenggau. Huhu walau just naek mOtO jek kami tetap tabah meredah panas yang membara. Berbekal kan kamera canOn hak milik sepupu azril yg di pinjam seminggu, maka aku ngn dia telah meredah seluruh tempat2 yg best kat sekitar kuala terengganu. Dekat 1000 keping gak la gambO kita Org amik huhu..

Antara tempat yg aku sempat lawat seperti masjid terapung, istana2 negeri, muzium, masjid kristal, taman tamadun Islam, kepOk lOsOng, pasar payang, dataran syahbandar, studium sultan zainal abidin yang dah rObOh tu, airpOrt, pantai batu buruk, UDM, UMT, myden, giant n bnyk lagi la. Uhu3.. mmg best. 3 ari aku ngn azril menjelajah jek. Hehe puas. Nnti tgk la pic tu.

Pastu umah azril kenduri la kawin akak dia. Lagi smpat gak aku merayap g umah pOji kat kuala berang kOt. Ntah laa... g kakak dia kawin gak ngn abg shuhada. Last2 aku pOn balik semula la ke kemaman pada 30 mei. Aku jmpa abg wan dulu. So aku just rehat2 jek kat umah dia n pada 31 mei mlm aku pOn berangkat la balik ke kajang umah akak aku.
So bila dah blik kajang smpat la aku merayap ke KLIA, banting, Ulu Bedul Kuala Pilah, seremban, ampang, setiawangsa, salak selatan n KL. Pastu baru aku blik kg ke teluk intan n dOk rehat2 ngn mak abah aku. SyOk sgt cuti ner cOz dpt merayap n ilangkan tensiOn. Kat sini aku nk ucap tima kasih bnyk2 pada mereka2 yg membuatkan cuti aku bermakna.. = Azril, Poji, Wan Iskandar, Shahmir, Hazlan Hamdan, Kamal Zaidi, Mohd Faris, abdul Latif, Aliem, Alif Edzwan, Jamaluddin, Wan CikOi, Azmi, Shahrul, Wan Irwan, Shahrizal, Syamsun n sapa ntah lagi xdpt nk ingat. Anyway terima kasih bebanyak tOk sume =



















































Sunday, July 5, 2009

BAKTI SISWA WAWASAN DESA IPT 09 - PERLOP 3 SG SIPUT UTARA PERAK -

Emmm..lepas exam ari tu aku xtau nk wat pa la. Ada la mber aku ner (zafaren a.k.a paen the cute bOy) (tip top terhangat dipasran PSR) dia ofer aku tok g bakti siswa kat Perlop, sg siput utara perak. Disebabkan aku malas nk blik sebelum g terengganu maka aku pon join la bakti siswa tu. 4 hari aku dok kat sana tau. Dari 9 smpai 12 mei aku join program ner anjuran Rakan Muda UPSI. Ala2 dok kg tanah rancangan. Sama jek cam kg aku huhu..so xde bezannya g sana ngn dok umah kg aku huh..

Sepanjang 4 ari kat sna aku telah menjalani plbagai aktiviti yang telah dirancangkan oleh urusetia. Sampai jek kat perlop aku telah diberikan kepada keluaga angkat. Aku dpt keluarga En. Zulkeflee bin Abu. Fmily angkat aku ner best n baek sgt la. Tokey kantin sekolah rendah. So ari2 dok mkn sedap2 la heheh jangan jeles. Aku dapat dok bersama kawan aku si Tuan Nasaruddin. Si Nas ne pon aku mula kenal bila join program ner la. Sblum ner mmg xkenal lagsung huhu..

So selepas je pemberian anak angkat tu ada la sikit taklimat dari urusetia. Pastu mlm xde wat pa pon just sembang2 ngn keluarga angkat kenal2 n rehat2 huhu. Esoknya hari kedua aku telah join program gotong royong. Semua peserta di pecahkan kepada 3 kumpulan. Aku jadi ketua kumpulan dua. Area tok aku n geng aku kerjakan adalah sekitar kawansan surau kg tu huhu.. tersentap aku n jadi baek sat huhu.. ptgnya plak aku n yg laen2 telah sambung gotong royang yg xsmpat disiapka pg tadi. Mlm nya ada program dgn budak2 sek menengah n rendah. Bg motivasi sikit kat budak2 kg tu.

Pada hari ke tiga plak.. pagi2 lagi kati org dah mula berkumpul. Aktiviti pertamanya kami telah memasang papan tanda program secara rasminya. Best2.. pastu kami semua telah g ke sek org asli. SK Chenien. Best gak la melayan budak2 org asli ner. Ada la beberapa aktiviti seperti melawat sekitar sek n wat program maen2 ngn budak2 ner. Kepala nya siapa lagi. Dak yg kepala dogol tu la.. ala2 toyol si Paen laa...
Tgh ari plak kita org g air terjun lata baung. Smpat la lunch n mandi manda jap. Tapi balik awal coz ujan turun ngn lebatnya. Dalam jam 4.30 plak ada aktiviti maen bola sepak n senamrobik. Secara rasminya aku mmg xjoin lgsung sbb aku kaki bangku. Jgn gelak. Mmg xreti maen bola so keja nya aku tlg amik gambo jek la ek.. malamnya plak ada malam pesembahan. Aku jadi pengarah persembahan ek. Smpai makcik2 nangis guling2 tgk pemsembahan kita org. Temanya hari ibu. Yg patut dibanggakan adalah persembahan makcik2 yg wowwwww... meletop. Ala2 kumpulan nasyid profesional jek dgn irama padang pasir laaaaa.. ada gak persembahan laen sperti aku ngn Paen telah menyumbangkan suara kami yg lunak merdu memecahkan suasana malam yg hening di perlop dengan lagu mersik khabar dari sudirman. Makcik2 yg sedeh2 bertambah sedeh mendengar alunan suara yg gemersik bak buluh perindu dari aku n Paen. Bangga gilerr huhu..

Hari las plak ada aktiviti sukan neka. Best sgt dpt maen ala budak2. yg lagi membangga kan aku menang la beberapa aktiviti. Namun aku tewas di tangan abg adam yg ensem bangat tu. Cam ner Paen yg xcute tu plak bleh menang. Cam sengal. Nak tau pertandingan apa? Hehe ciom mulot ke molot..hehe xde la. Cari coklat dlm tepung la...

Pastu dlam jam 12 ada la perasmian penutup so dah abis la semua aktiviti 4 ari kat perlop ner. Best n syok sgt. Boleh la tgk gambo2 kat bawah ner. Anyway mekasih kat Paen sbb ajak aku join program bakti siswa ner. Pastu mekasih gak kat family en. Zulkeflee dan keluarga serta seluruh penduduk kg perlop 3. pastu balik UPSI semula. laen kali aku g sana lagi tau huhu..



dak2 sek org asli SK Chenein



















Thursday, July 2, 2009

IMAN KEMBALI


tiba masanya untuk aku mengorak langkah. meninggalkan semua nostalgia yang pahit itu. yang manis2 dsimpan menjadi kenanangan abadi. kini aku kembali dengan keazaman yang baru. bukan hanya untuk pelajaranku tetapi lebih kepada cara hidupku. semoga apa yang cuba aku lakukan ini akan menjadi satu titik perubahan yang abadi dan pasti bagi diriku. aku mengharap agar semua yang mengenaliku terus menyokongku demi sebuah kehidupan yang dicari selamai ini. apakah ketenangan yang ingin dimiliki ini akan terus menjadi miliku selamanya. akan kupastikan segala ilusi menjadi realiti. iman kembali dengan aura baru. menarik hati, mengusik jiwa, menusuk kalbu. semoga menjadi idaman semua. hahaha..motif sangat aku ne. tak pe yang penting aku gembira dan bahagia setakat ini. biar ku tinggalkan jauh2 pekara silam yang menyakitkan hati itu. mulakan kendiri baru dengan wajah baru (walau tetap sama) dengan azam baru, dengan matlamat & wawasan baru. aku adalah kaunselor iman yang best! =)