Friday, February 27, 2009

cOmment cemerlang - biarlah rahsia -

Semua yang bernyawa pasti inginkan kebahagiaan. Selagi mana kita bernafas, selagi itu lah kebahagian adalah matlamat hidup kita.

Namun, dalam mencapai kebahagiaan ini, kita sanggup melakukan apa sahaja, malah ada ketika kita rela untuk membuat pengorbanan demi kebahagiaan.. Bahagiakah kita, apabila kita terpaksa menanggung kos lepas dalam kehidupan..?

Walau apa pun, kebahagian itulah yang dicari meskipun untuk tempoh yang singkat. Meskipun kebahagiaan kita itu adalah kesengsaraan, kesedihan dan bagi orang lain..

Inilah lumrah hidup. Sesetengah pihak berpendapat ‘life is unfair.’ Benarkah?

Yang penting, the balance of life, Ying & Yang.

Percaya atau tidak, masa bisa merubah segalanya… Kesengsaraan hari ini mungkin kebahagiaan untuk hari esok, begitu juga sebaliknya, kebahagiaan hari ini pula mungkin akan membuatkan kita sengsara di hari esok… Kecuali jika tiada lagi hari esok untuk kita, maka segalanya akan menjadi noktah impian.

Apa yang penting adalah muhasabah diri atas apa yang kita lakukan. Bersederhana dalam hidup. Saling pecaya serta menghormati mereka yang berada di sekeliling kita... Walaupun kita berbeza pada zahirnya, namun, percayalah, kita semua saling melengkapi. Umpama jari-jari di tangan kita.. Dan itulah yang membuatkan kita bahagia...

Thursday, February 26, 2009

Gembira, Sedih, Rindu, Cinta dan Masa.


Kisah bermula apabila empat orang sahabat baik iaitu Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta mula menggembara untuk mencari Bahagia. Dalam perjalanan pelbagai cabaran dan dugaan mereka tempuhi. Semuanya dihadapi bersama-sama kerana mereka berjanji untuk sehidup semati. Ikatan antara empat orang sahabat ini amat akrab sekali. Susah senang dan liku-liku kehidupan diharungi bersama. Semuanya atas nama persahabatan yang jujur dan ikhlas. Tujuan mereka sama. Untuk mencari Bahagia.

Setelah penat meredah hutan, laut, bukit, denai, hutan dan paya akhirnya mereka berempat terdampar disebuah pulau. Kolek yang mereka naikki untuk pergi dari satu pulau ke pulau lain telah hancur dihempas ombak yang menggila dilautan. Empat sahabat ini berasa sangat kecewa kerana mereka sudah tidak dapat untuk meneruskan perjalanan mereka ke pulau-pulau lain untuk mencar Bahagia.

Dalam kalangan mereka ini Gembira adalah yang paling merasakan kekecewaan. Bagi Gembira, apabila menemui Bahagia nanti Gembira sudah semestinya tidak akan bersama dengan Sedih. Hal ini demikian, Gembira selalu sahaja berkonflik dengan Sedih. Walau bagaimanapun, Rindu dan Cinta seringkali menjadi pendamai apabila Gembira bergaduh dengan Sedih. Rindu dan Cinta bijak dalam mewujudkan suasana yang baik bagi memulihkan semula keadaan tersebut.

Pada ketika ini, Sedih terus diruntun pilu. Kepiluannya tidak dapat dibendung lagi sehingga Sedih ingin mengambil keputusan yang tidak sewajarnya. Sedih ingin membunuh diri di pulau itu. Hal ini demikian, Sedih tidak dapat menerima bahawa Sedih tidak akan dapat bertemu dengan Bahagia. Meskipun begitu, semua sahabat-sahabat Sedih memujuk Sedih supaya bertindak lebih rasional. Disinilah Rindu dan Cinta meminta Gembira untuk menghiburkan hati Sedih supaya matlamat mereka akan dapat dicapai bersama. Gembira amat berpuas hati kerana berjaya memujuk dan memulihkan Sedih dari terus dalam kepiluan dan Gembira juga sudah tidak kecewa lagi kerana Gembira mempunyai sahabat yang baik seperti Rindu dan Cinta.
Hari semakin lewat petang dan hujan turun dengan lebatnya sepanjang malam tersebut. Oleh kerana empat bersahabat ini tidak tahu untuk tidur dimana, maka mereka telah bekerjasama untuk membina satu pondok kecil. Walau bagaimanapun pondok tersebut hanya mampu untuk memuatkan tiga sahabat sahaja. Pondok yang dibina terlalu kecil kerana kekurangan bahan pembinanan seperti kayu da daun-daun hutan.

Akhirnya Cinta mengalah dan sanggup bekorban dengan tidur diluar pondok tersebut. Walaupun hujan turun dengan lebatnya dan suasana sejuk menyelubungi kawasan pulau tersebut, namun tetap tidak menghalang untuk Cinta terus bertahan sehingga pagi. Bagi Cinta, Cinta sanggup bekorban demi sahabat-sahabatnya asalkan semua sahabatnya berada dalam keadaan selesa ketika dalam pengembaraan mencari Bahagia ini.

Tanpa disedari Cinta, segala tingkah lakunya diperhatikan oleh Rindu. Rindu seakan-akan rasa bersalah membiarkan Cinta terus menghadapi keadaan yang sukar diluar pondok sendirian sedangkan Rindu, Gembira dan Sedih sedang asyik lena dibuai mimpi-mimpi indah. Akhirnya, Rindu mengambil keputusan untuk turut serta Cinta berada diluar pondok dan menghadapi suasana diluar bersama. Cinta amat terharu dengan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan Rindu untuk bersamanya. Cinta amat-amat menghargai tindakan Rindu itu. Cinta memeluk rindu dengan penuh rasa kasih sayang sebagai sahabat.

Hujun terus turun dengan lebatnya sehingga pagi. Air laut nampaknya semakin meningkat dan berada diparas bahaya. Rindu memberitahu kepada sahabat-sahabatnya bahawa tidak lama lagi pulau tersebut akan tenggelam. Gembira dan sedih berasa sangat-sangat takut dan mereka berpelukan sesama sendiri. Namun berlainan bagi Cinta. Cinta hanya duduk dan terus termenung tanpa memberikan sebarang riaksi. Rindu telah mengajak sahabat-sahabatnya untuk memmbina kolek secepat mungkin supaya mereka dapat menyelamatkan diri sebelum pulau tersebut tenggelam. Rindu mencadangkan supaya mereka membina kolek yang berasingan supaya kolek tersebut tidak musnah bila dilambung ombak nanti.
Gembira dan Sedih bersetuju dengan cadangan Rindu itu. Maka dengan pantas Gembira dan Sedih terus mencari bahan-bahan untuk membina kolek. Begitu juga dengan Rindu. Sahabat bertiga bertungkus lumus membina kolek masing-masing dengan cepat supaya masing-masing terselamat dari terus tenggelam dengan pulau tersebut dan dapat terus mencari Bahagia. Namun demikian, tidak bagi Cinta. Walaupun telah disuruh berkali-kali oleh Rindu, Gembira dan Sedih supaya membina kolek, namun Cinta terus mengelamun dan memerhatikan sahaja tindakan rakan-rakannya. Cinta merasakan bahawa Bahagia akan datang sendiri untuk menyelamatkannya dan Cinta beranggapan Cinta tidak perlu terus mencari Bahagia.

Akhirnya, siap juga kolek Gembira, Sedih dan Rindu. Setelah mereka berpelukkan sesama mareka, tiba la masa untuk tiga sahabat ini meneruskan perjalanan dengan kolek masing-masing. Cinta hanya dapat memerhatikan sahaja tiga sahabatnya terus belayar dilautan yang terbentang luas dengan kolek masing-masing. Setelah seketika belayar, akhirnya tiga sahabat ini hilang dari pandangan mata Cinta.

Cinta terus mengelamun. Teras sunyi dirinya di tinggalkan berseorangan. Namun, Cinta tetap berpegang teguh pendiriannya bahawa Bahagia akan datang sendiri kepadanya. Tanpa Cinta sedari paras air laut semakin lama semakin tinggi dan semakin menenggelamkan pulau tersebut. Cinta mulai resah dan gelisah kerana Cinta tahu bahawa Cinta akan mati lemas jika tiada yang menyelamatkannya. Cinta terus diburu rasa risau melihatkan air laut semakin menghampiri dirinya.

Walau bagaimanapun, dari kejauhan Cinta terlihat seorang tua dalam sebuah kolek usang sedang menghampiri pulau yang hampir menenggelamkannya. Seorang tua yang tidak dikenali olah Cinta telah menyelamatkan Cinta dari terus tenggelam bersama pulau tersebut dan mati lemas dilautan yang terbentang luas ini. Cinta mengucapkan terima kasih kepada seorang tua terbut kerana telah menyelamatkannya. Cinta terhutang budi dengan seorang tua tersebut dan Cinta berharap suatu hari nanti cinta dapat membalas jasa seorang tua itu.

Setelah lama belayar, sampailah Cinta dan seorang tua itu disebuah pulau yang mendamaikan. Disitu Cinta terlihat tiga sahabat yang telah meninggalkannya. Gembira, Sedih dan Rindu seakan tidak percaya melihat Cinta masih lagi hidup. Empat sahabat ini saling berpelukan dengan erat dan berasa sungguh bertuah kerana mereka dipertemukan kembali.

Cinta mengucapkan rasa syukur kerana masih lagi ada insan yang sudi memberikan bantuan dan pertolongan ketika Cinta berada dalam kesusahan. Cuma Cinta perlu sabar dan terus sabar menantinya. Cinta mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada seorang tua tersebut kerana menyelamatkannya dan membawanya bertemu semula dengan sahabat-sahabat karibnya ini.

Kemudian, seorang tua ini pun terus berlalu dalam meneruskan pelayarannya ke destinansi yang lain pula tanpa sempat Cinta mengenalinya. Cinta berasa sangat berkecewa kerana tidak dapat mengenali seorang tua yang terlalu baik baginya. Namun begitu, Rindu menyatakan bahawa seorang tua itu adalah bernama Masa. Masa akan sentiasa berada dimana sahaja kita berada sama ada susah atau senang. Cuma kita sahaja perlu sabar menantikanya untuk membantu kita kerana Masa tidak akan berpatah balik jika sesuatu telah berlaku. Oleh itu Cinta bernasib baik kerana Masa masih sudi membantunya kerana Masa mengerti bahawa Cinta memerlukan Bahagia.

Kini, barulan empat sahabat ini mengeri dimana Bahagia yang mereka cari. Sebenarnya mereka berempatlah Bahagia tersebut. Apabila Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta bergabung mereka akan rasa Bahagia dan itulah erti sahabat Bahagia yang mereka cari-carikan sepanjang pengembaraan ini. Maka ketahuilah oleh empat sahabat ini bahawa tanpa Masa mereka tidak akan menemui Bahagia kerana Cinta akan mati dan mereka akan terus hidup sensara jika tiada Cinta.

- Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta adalah perasaan yang biasa kita hadapi. Tapi tahukah kita bahawa sebenarnya Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta ini yang membentuk Bahagia. Walau sebanyak mana kita menghadapi konflik (seperti Gembira & Sedih) dan rasa kasih sayang (seperti Rindu & Cinta) sebenarnya diri kita sendiri yang menentukan apa yang kita inginkan. Jika kita ingin terus dengan pergaduhaan kita boleh terus bertelagah tapi jika kita inginkan keseronokan kita boleh pilih untuk terut bersama menghadapi dugaan dan kasih sayang.
- Pondok diatas boleh la kita anggap sebagai hati kita. Dalam satu-satu masa kita tidak boleh untuk menempatkan pelbagai perasaan kerana hati kita tidak besar untuk menampung kesukaran mengawal kesemuanya perasaan serentak. Oleh yang demikian, mesti perlu ada perasaan yang berkorban supaya perasaan yang kekal dihati itu terus selesa untuk seketika waktu.
- Pecaya atau tidak masa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Walau pun setua mana masa itu, masa akan terus tetap berjalan tanpa henti. Mungkin ada ketikanya masa akan membantu kita ketika kita berada dalam keadaan sukar atau sebaliknya. Masa banyak menentukan apa yang diperlukan oleh kita cuma kita perlu untuk sabar dan terus sabar kerana masa pastinya akan menentukan yang terbaik untuk kita.
- Diakui memang semua manusia mencari kebahigaan. Tetapi kita tidak tahu bagaimana ingin mendapatkannya. Sebenarnya bahagia sering menemani kita sepanjang hidup ini. Cuma kita perlu sedar bahagia yang bagaimana kita perluakan. Jika inginkan bahagia kerana paras rupa ia akan hodoh satu masa nanti, jika inginkan bahagia kerana harta benda ia akan habis juga satu ketika nanti. Oleh yang demikian biarkanlah kita bahagia kerana tergabungnya perasaan Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta dalam persahabatan. Kerana apa... perasaan ini tidak akan hilang dan akan menjadi kenangan / nostalgia sepanjang hidup kita kerana kita mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan satu-satu pengalaman. Oleh itu, sesuatu pengalaman tidak ada maknanya jika pengalaman tersebut tidak mempunyai pengajaran.

Nukilan sadis & magis :
Iman Wahyu 25 Februari 2009
19.45 – 22.51 pm.

Alhamdulillah... terimalah.

Alhamdulillah...
Bersama kalimahmu,
Aku kini menjadi lelaki,
Yang memimpin bumi.

Tidak akan kubaziri,
Nikmatmu ini,
Takkan ku turuti
Nafsu syaitan dalam diri ini.

Tidak akan ku hina,
Walau sebesar mana,
Pencipta-Mu yang sungguh istimewa.

Wahai manusia,
Pasti kau lupa,
Apa perjanjianmu sebelum kedunia.

Degar kini,
Takdirmu menjadi lelaki,
Jangan cuba menukar ganti,
Disana semua diadili.

Jangan buat tak tahu,
Engkau sedah belajar semua itu.

Ingatkan dalam kotak fikiran,
Janganlah disalah tafsirkan,
Buakn untuk berkhutbah,
Tapi menjalankan fardhu kifayah.

Maafkan aku,
Hidupmu bukan berpanjangan,
Ku berpesan pada kebenaran,
Dan juga berpesan pada kemungkaran.

Ku ilhamkan kepadamu,
Sahabat yang ku ingini,
Berubah demi dirimu sendiri,
Semoga Allah memberkati. Amin.

Cinta yang hakiki.



Maaf kalau luahan rasa ini menganggu ketenteraman sesiapa sahaya yang mengunjungi blog ini. Tapi aku masih yakin hati kalian masih terbuka luas untuk menilai dan menghayati maksud yang terselit dicelah-celah kata-kata ku ini. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk semua.

Ketahuilah...
Cintakan Allah dan islam itu adalah cinta yang paling agung. Kasih sayang Allah terhadap manusia lebih cinta ibu kepada anaknya. Oleh itu mencintai manusia lebih daripada menyintai Allah adalah satu dosa. Cinta manusia adalah cinta sementara dan palsu. Didunia kita boleh berjanji sehidup semati tetapi diakhiran belum tentu lagi.

Selamai ini perhubungan kita memang sucijika disuluh dari kaca mata adat dan tatasusila orang-orang melayu. Tetapi masih jauh lagi dari bersih jika disuluh dengan syariaat. Kita selalu bertemu dan melanggar pantang larang Allah dalam pergaulan, walaupun belum pernah berlaku apa-apa.

Romeo dan juliet boelh bercinta sehingga sampai rela membunuh diri kerana mereka bukan islam. Laila dan Majnun boelh menghabiskan sebahagian besar dari alam remajanya untuk bercinta kerana mereka masih lagi tebal dengan adat dan tdak pernah diledakkan dengan semangat jihat fisabilillah. Tetapi berlainan dengan kita. Kita hdup di saat islam sedang bangkit, islam sedang mara. Aku rela mengorbankan masa remaja dan dewasaku ini untuk menjadi hamba kepada langkah “pemuda gua Ashabuk Khafi’ memburu cinta ilahi.

Dialah Allah, aku dan diri mu kalian, sama-sama menghirup nikmat dibawah kekuasaanNya. Nikmat melihat, mendengar, berkata-kata, berakal, berperasaan dan sebagainya. Aku rasa berdosa jika merebut rasa kasih dalam hatimu kalian yang sepatutnya diserahkan kepadaNya. Oleh itu kalaian, taatilah perintahnya dan jauhilah larangannya. Aku harap kalian akan berasa begitu. Tidak patut sekali kalian menyintai manusia, seorang hamba. Jika benar cinta kalian suci, serahkanlah kepada dia yang maha suci. Buka kepada manusia seorang manusia yang ketar dan berdosa.

Seringkali aku melatih diri untuk beribadat. Biarlah mataku pedih ditengah malam, setelah ia kabur dengan panahan surat cinta. Biarla bibirku kembali basah denagn zikir dan selawat kerana selama ini ia telah dinajishi oleh alunan-alunan cinta.

Hidup yang berlalu, sesungguhnya ianya terlalu ganas untuk diharungi. Lupakanlah dunia pura-pura dahulu, perjumpaan-perjumpaan semalam, kenangan-kenangan silam dengan air mata taubat pada malam hari. Membuka tirai baru dalam kehidupan.

Kalian, teman-temanku....
Kekesalan dan keresahaan mengheret aku untuk mengenali Allah. Kesilapan dahulu benar-benar aku insafi. Kini, alunan ayat-ayant suci Al-Quran terlalu rindu untuk aku harungi seperti aky menghayati lagu-lagu cinta dahulu. Air mata yang sering tumpah kerana cintadulu kini menitis lagi seakan-akan membasuh dosaku yang lalu. Kini aku psrah dengan takdir tuhan. Aku sedar madu yang ku kecapi dahulu telah bertukar menjadi hempedu yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Kupanjatkan doa kehadrat Ilahi agar aku dan kalian beroleh pertunjuk daripadaNya. Dalam coretan ini tiada apa-apa yang aku pinta. Aku hanya ingin meluahkan bicara hatiku ini. Maaf ku pinta jika ini mengecewakan kalian. Aku tidak berhak memaksa kalian untuk mengikut jejak ku kerana kekuatan hati sentiasa melebihi kekuatan akal.

Hidup ini tidak selalunya indah, kerana disitulah keindahan hidup. Ahaaa... berusahalah manjaga hati, hati-hati yang mencintai yang satu (ALLAH) akan bertemu jua akhirnya. Mungkin kita akan terpisah sebelum sempat bertemu... siapalah tahu. Amin.

Wednesday, February 25, 2009

aku iman wahyu yang best - membina repo -



aku iman yang best!

Tak reti r nak story pe about me.
tapi dah baca kang jangan gelak lak k...
aku orang perak kat teluk intan.. tau kan tempat tu..
dok kawasan felcra jer tapi dah maju la ckit tak r cam felda tu..
yang lagi best kat kawasan sawah padi n estet kelapa sawit..
cantik giler pemandangan dia tau...
lagi umah aku dekat sangat ngan pasir salak...
tempat yang bersejarah tu... tau ker??

k skg tentang diri aku lak..
aku ner tak ar best sangat coz memboringkan..
tapi yang best aku pandai menyanyi..
nak dengo lagu pe cakap je sure leh aku nyanyikan...
aku sempoi jer tak r smart sangat...
selekeh pun tak tapi boleh r nak kata cun abis...hehehe...
muke pada realitynya tak ar ensem sangat
tapi kalo tengok dari tepi sejibik cam hans isaac.
tu la aku pun tak tau nape orang kata cam tu.
dari depan lak ade la iras2 fahrin ahmad mix ngan ako mustapha.
cewah tak de la just main2 je...
pepe pun aku memang cute giler la....hehe..
badan kurus tau tapi kurus lagi osman kering. tak taf la tu...
yang pasti tinggi sangat cam klcc r....ye ker???

perangai tak r baguih sangat tapi leh tahan la.
aku kuat bercakap n kadang2 tu terlepas gak cakap yg bukan2.
sape yg jadi member 2 hope paham la coz aku ner mulut lezer.......
bukan celupar tapi tak leh kawal bila dah bukak mulut...
asyik wat lawak jer n ketawa tahap dewa tau.. kah3....
aku tak suke serius sgt n suka kat suasana yg teraputik n kondusif..
sesuai tuk berdua2an...hihihii

lagi aku kuat jeles walau kawan sendiri.
tak suka dkongkong n dkawal.
suke bebas n nak bergaul dengan sume orang
yang best n kuat layan perasaan.....wooooo.... motif ek...

gemo dok sorang2 n kadang2 tu berangan la..
tak tau berangan tang pe yang pasti banyak tentang
kawan2 n yang "sepesel" kat ati ner.
tang study jauh sekali n tak penah kot...emmmm...

aku ne penyayang n suke kat sume orang
tak kira gender asalkan dia pun sayang kat aku…
lagi dia sayang lagi la aku sayang kat dia.
lagi dia cinta kat aku lagi ar aku cinta kat dia.
aku antara umat yang mudah sangat cair ngan pujukkan
n tak leh tahan bila ade orang pujuk.
kira tak guna ar merajuk coz akhirnya akan baik gak.
kadang2 tu ngada2 gak bukan pe sajer nak manja2...

tak selalo sakit coz pandai jaga kesihatan.
tak minat kat habuk n tempat yang koto.
kira pembersih r..

nak kata orang masjid tu leh gak kot
coz selalo gak turun p surau jemaah ngan member2.
bukan nak gtau yang aku alim tapi lebih kurang cam tu la...

aku de 8 org adik beradik n aku anak ke 7.
best sangat dok kat bawah2 ne leh manja2 ngan mak abah.
tak penah dipukul n susah n jarang wat benda2 jahat..
kira anak yang paling best + baek r 2 tau....huhuhu....

selalo tolong mak kat dapo bila de masa pree
tapi mbe banyak nyebuk kot dari menolong...
cam tu gak ngan abah selalo tolong tengok abah wat kojer..
hehe aku xlarat r nak angkat kelapa sawit ngan badan sekeping ner...

yang lagi penting kat sini aku seorang yang sangat bijak..
bukan nak bangga diri tapi dah dapat masuk n study kat upsi
kira pandai r tu kan waaaaa... cerdik sangat kan...

k tu je la tentang diri aku amacam puas ati tak..?
tak puas… ai susah ar cam ner..
tapi klo nak tau storu yng lebih mendalam
n lanjut tentang diri aku meh la
kita berkenalan n berkawan2....
korang kena teroka aku dulu la klo nk kenal..
klo aku dok story ja nnti dah x hot
n kang xde dah yang sepesel lak aku nk story..

anyway aku ucapkan slam perkenalan
tok semua yang sudi nak kawan2 ngn aku.
terima kasih kerana mengunjungi blog aku ner...
tQ2 so much.. muah3..
………………………………………………………………………………………………

Tuesday, February 10, 2009

iMan & AiriSh





Airish & Iman. Arini genap lah 23 tahun umur Airish sebagai salah seorang remaja lelaki dewasa yang telah matang. Rakan2 sekuliah pun bagi la present kat die sempena besday die la ni. Next week da last exam nk cuti da..

Iman : Hepi besday bro.. ko da tua lagi setahun.. hehe.. =)
Airish : Ooo.. tQ2.. ingat gak korang kat aku ni..
Iman : Nah 'Present' pen untuk ko. Jangan bukak tau.. SUPRISE..!!
Airish : Ape bodo punye kawan nk suprise tapi bgtau 'Present' pen..
Iman : Alaa... kantoi! Xpe janji pen ni spesel.. hehe.. =)
Airish : TQ Iman.

Selang smiggu dorg pun exam Airish & Iman pun menjawab soalan dgn bersungguh2 penuh tekun & penuh migrain akhirnya tamat laa exam dorg..

Iman : Ko dapat jawab x exam td bro?Susah siot.
Airish : Dapat la aku kan genius, aku kompom cemerlang punye..
Iman : Yeke? Bagus laa. Eh.. ko da guna x pen yg aku hadiah kt ko 2?
Airish : Dah la, 'special present' kan mesti la pakai huhu...
Iman : Hahahaha.. bagus2.. kat sape yg ko 'PRANK' pakai pen tu? Aku beli pen tu kat MAGIC SHOP. Lepas 15 minit dakwat die hilang. Untuk dajal org best la.
Airish : Hah? yeke?? Adoiiiii... Kompom failed exam aku ni bro.. wawawa..!!
Iman : Aik..!! Nape plak?
Airish :Pen 'Special' ko tu la aku pakai mase jwb exam tadi. Aku la yg 'Prank' dri aku sendiri.. wawawa.. ko pun 1 x bgtau awal2..
Iman : Laa..

moral - jangan la kena2 kawan ner ek-

Macam biase laa citer 2 org sahabat ni Iman & Airish
Jam menunjuk kan pukul 12 tghari pe lg lunch time la. Ni citer 2 mangkuk x laen x bukan Iman & Airish bila dah keja plak. Ikutilah kisah 'sintoi' mereka.

Iman: Airish..dah kul 12 ni jom rehat..
Airish: Aik... rehat jek? X g makan?
Iman : Same lah tu mangkuk g rehat tu makan sekali lah..
Airish : Ok aku tumpang kereta ko ek? Bangga ciket naek Nissan 350Z.
Iman : Ok tarak hal nye, aku pun nak tayang kereta sport aku tu hehe... =)

2 orang mangkuk ni pun g la lunch kat 1 restoren 5 star. Tp tempat parking xde so dorg parking jauh cket laa. Sbelum tu si Airish ni g cucuk duit tapi....
Airish: Alamak Iman aku Lupe la bawak wallet. Aku tertinggal kat dlm kereta ko.
Iman : Ape la ko ni wallet pun boleh lupe, bahaye betul laa. Baru withdrawl plak tu..kalau ilang? cicir? camne? rugi tau. Ko ni cuai la. Pelupa..!!
Airish : Jangan la jadi mcm mak aku bebel2 plak..!! Jom teman aku amik jap.
Iman : Hish..!! macam2 la ko ni jom laa.
Arish : Aik... mane kau parking bro? X nampak pun kereta ko?
Iman: Jom la g balai..
Airish : Hah? Ape kes g balai? Bile mase plak ko park kt balai?
Iman: Bukan park kt balai.. Hehe aku lupe laaa...
Airish: Lupe bende nye?
Iman : Aku lupe amik kunci aku tadi, tertinggal kat pintu kereta paham2 je la kalau dah kereta sport Nissan 350Z dah tersedia dengan kunci kat pintunya ape lagi? Kene curik la..!! wawawawa..!! aku LUPA..!! aku CUAI..!! Waaaaaawaaaaa..!!
Airish : Yess..!! Bagus2..!! Padan muke kau, padan muke aku, dengan wallet aku, dengan duit aku,dengan kereta sport engkau pun kene kebas...
moral -laen kali hati2 sikit k. jgn cuai2 la bro hu-

HaTi seOraNg LeLaki

Perasanku terhadapmu ini lahir dari pertemuan kita buat kali pertama. Sejak itu, berputik rasa rindu di hati yang semakin mendalam dari hari ke hari, membuatku tidak dapat berhenti dari memikirkanmu. Cinta yang ku lafaz bukan cinta gurauan, kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan. Ku hanya mahu kau mendampingiku setiap masa, tika senang dan susah menempuh ranjau perjalanan hidup. Kau umpama mutiara dan permata di sudut hatiku yang sentiasa bergermerlapan menerangi kegelapan dan kekosongan diriku ini. Segala gelak & senda tawamu yang ku impikan, agar ianya tetap mekar di dalam ikatan cinta yang di jalinkan. Sehingga kini, ku terasa kasih sayangmu seakan kasih sayang dari syurga lagaknya dan... ketahuilah, aku amat menyintaimu tiap masa dan waktu... -a.k.a- situ sana sini

Wednesday, February 4, 2009

haKikaT SebUah CinTa

Aku termenung panajang, seakan memikirkan sesuatu. Apa? Aku sendiri tidak mengerti. Sedih, pilu dan kecewa itulah peasaan yang dialami bila terputusnya sebuah hubungan. Namun itulah hakikat yang terpaksa aku terima bilamana hubungan yang terbina sejak sekian lama terputus ditengah jalan. Di sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Itulah ungkapan bidalan melayu yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang aku alami. Aku akui siapalah aku ini ingin menghalang takdir ilahi yang menentukan suratan kehidupan insan. Aku harus kuat menghadapinya dalam meneruskan kehidupan ini. Walau pun dilanda bagai ombak besar nan menggila, aku harus tabah dan sabar menerimanya kerana apa... kerana hidup itu tanpa dugaan pastinya tiada seri keindahan likuan mengharungi kehidupan.

Kisah duka setiap manusia adalah berbeza. Begitu juga dengan aku. Kisah kita walau hampir sama tapi nyata ia berbeza. Walau ramai mengatakan kisah duka itu biasa dalam kehidupan namun tafsiran kita berbeza, penerimaan kita berbeza dan cara kita menghadapinnya juga berbeza. Aku dengan cara ku yang tersendiri dan begitu juga dengan meraka yang lain.

Kisah dukaku ini meruntun jiwa, mengacau hidup, mengusutkan fikiran dan sebagainya.. Hari-hari ku di imbau dengan kenangan mengusik jiwa. Kekadang terasa perpisahan itu terlalu berat dan sukar dihadapi. Namun realiti perlu aku tempuhi demi meneruskan sebuah kehidupan yang menggembirakan. Duka lara itu sering menjadi persoalan bagi ku. Mengapa selalu mengiringi perjalanan hidupku? Aku mahukan sebuah kehidupan yang sempurna, bahagia dan baik sentisa. Meskipun begitu aku harus sedar, hidup tidak selalunya indah. Kehidupan yang indah lagaknya hanya layak dimiliki oleh penghuni syurga ilahi pastinya. Tapi bukan aku. Aku seorang insan kerdil yang dipenuhi dosa dan noda. Sesat dalam jelas kabur dalam terang....

Hidup sebagai insan pastinya ingin memiliki segalanya. Namun disebalik impian yang tinggi itu, ternyata semuanya bukan milik kita. Perasaan kecewa merampas suka dan gembira. Kerana apa setiap langkah tersilap atur cara pasti mengundang hampa. Aku sering keliru dengan kehidupan ku sendiri. Apa yang aku kejarkan aku sendiri tidak pasti. Bukan kemewahan yang ku cari, bukan kecantikan yang ku ingin miliki tapi hanya sekadar secebis kebahagian dan kegembiran yang sempurna. Sepatutnya aku harus tahu, semua itu terlalu sukar untuk aku kecapi. Kerana apa, ikhlas dihati ku dan dihatinya belum bersatu.

Aku sebagai insan, selalu memikirkan impian. Impian yang aku bina dalam mimpi-mimpi semasa kecil sehingga dewasa kini. Tapi untuk kali ini aku kecewa, tapi tidak akan sesekali melupakan impian itu sebaliknya aku akan cuba merealisasikannya. Walau jelas semua orang di sekeliling mengatakan aku ‘Mat Jenin’, biarkanlah… sedikit pun tak terkesan kepada ku kerana apa menjadi hak ku untuk terus hidup bahagia.

Untuk kali ini, aku biarkan sedih, pilu dan kecewa ini terus menguasai diriku. Kerana bagiku itu lah yang sepatutnya aku hadapi selagi aku terus begini. Aku perlu sedar cinta itu tidak boleh dimiliki kerana cinta menjadi hak individu untuk menyerahkannya kepada sesiapa yang bertakhta dihatinya. Mungkin sekarang aku bukan pilihannya tapi pastinya aku akan terus bersemadi menjadi satu kenangan dan nostalgia abadi bagi dirinya sepanjang mengharungi hidup ini.

Untuk terakhir kali, telitilah kembali kata-kata ku ini. Ulangilah memahaminya. Carilah dimana kekuatan, kelemahan dan anggapan mu kerana tafsiran kita berbeza. Sebenarnya kegagalan dan kesilapan dalam perhubungan bukanlah sesuatu yang patut ditakuti sebaliknya adalah sesuatu yang patut kita gunakan untuk menjadi lebih tabah dalam menghadapi kehidupan dimasa mendatang. U I LOVE - Didikasikan untuk insan yang pernah memiliki hati, perasaan dan jiwa ku -

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta

memOri biSkUt bEraS

Lelaki memang terkenal dengan keegoannya. So macam tu jugak dengan aku. Aku pon ada ego sendiri. Tak nak mengaku kalah dan mengakui kelemahan diri semata-mata kerana ego yang menebal. Heee3.. memang menarik bila berbicara mengenai ego ner. Bukan apa setiap manusia ada egonya. Tapi perlu untuk kita mengatahui tahap ego masing-masing keran setiap individu itu berbeza. Aku pon tak tahu la di mana tahap ego aku. Mungkin mengikut situasi kot. Bila situasi itu mencabar kejantanan aku mungkin tahap ego aku tinggi. Terutama bila berdepan dengan perempuan. Ala... memang betul semua ner. Kalau tak percaya pergi la interview mana-mana lelaki yang ada kat seantero dunia ne ( peringatan : hanya lelaki sejati jek tau ). Pasti-pasti la jawapan mereka sama dengan aku ner.

Haaa... kat sini aku nk tunjukkan betapa kadang-kadang keegoan itu membuatkan manusia ner betul-betul kelihatan bodoh + sengal. Memori biskut beras ner memang betul-betul aku hadapi. Baru jek beberapa hari lepas. Memang memalukan bila perkara ini terjadi. Bukan apa perkara yang berlaku kecik jek tapi kerana keegoan untuk mengakui kebenarannya akhirnya menyebabkan kita termalu sendiri. Haaa3... =) sebenarnya begini....

Beberapa minggu lepas ada seorang member aku ner ajak aku pergi round-round tesco (tapi kita org tak sokong produk Israel tau hu3..). So aku pon join la. Sampai ja line biskut-biskut ner member aku ner ambil la biskut beras ner dalam 3 pek. Uhu3... aku yang tengok pon hairan la. “Waa.. dah besar pon makan biskut beras lagi. Tak malu betoi la macam baby la plak” semangat aku kutuk member aku tu. Tapi dia buat tak heran jek & kata yanag biskut beras ner sedap n sesuai dimakan sebagai sarapan. Kah3... aku gelak besar waktu tu sebab apa, ada ke dah besar panjang sarapan dengan biskut beras. Siap ada pelbagai perisa lagi tu. Memang kelakar sangat la bagi aku. Tapi member aku ner tetap buat dek jek dengan kata-kata aku tu. Emm.. boleh tahan jugak telinga dia ner. Langsung tak de respon bila aku kutuk dia huuu3..

Sampai jek rumah, kawan aku ner pon suruh la aku rasa biskut beras ner. Ikut hati memang la nak juga rasa tapi disebabkan ego aku yang tinggi tu & tak nak malu dengan kawan aku tu so aku tolak dengan cara yang agak-agak brutal la. “Eleh.. mu ingat aku baby ka nk makan biskut beras cam mu tu”. Waa.. sentap kawan aku tu bila aku berkata demikian. Dengan muka sekupang dia blah cam tu jek ke dapur. Nangis kot..heee3.. ntah la aku pon tak tau la napa dia blah cam tu jek. Kecik ati kot ngan kaata-kata aku tu. Emm..biarkan jek la..

Tengok bertapa kejamnya aku sampai melukakan hati kawan aku tu semata-mata untuk pertahankan ego aku tu. Aha.. aku tak kisah la yang penting aku menang. Sebenarnya bukan aku tak boleh terima yang biskut beras tu sedap & sebagainya tapi aku malu kalau-kalau memang betul biskut beras tu sedap. Tapi aku ok jek.

Namun siapa la aku kan... lama-lama perasaan nak merasa biskut beras tu membuak-membuak melanda jiwa aku ini. Last2 aku tewas jugak dengan pujukkan hati aku. Aku pon amik la sebungkus biskut beras tu & terus bukak. Aku makan la cepat2 depan member aku tu supaya dia tak syak sebarang riaksi aku. Aku pn buat dek ja la pas makan biskut beras tu...

Tapi siapa la aku kan. Aku tak boleh la nk sembunyikan mimik muka aku yang macam cicak ner depan member aku tu. Ya..tuhan.. memang sedap rupanya biskut beras tu. Patut la member aku suka sangat makan benda tu. Member aku pon tanya la aku apa pendapat setelah makan biskut beras tu. Tapi ego aku kuat sangat so aku menafikan la kesedapan biskut beras tu & aku katakan rasa biase jek.

Kah3.. member aku gelak beso dengar kata-kata aku tu tau. Dia kata mulut boleh la nafikan tapi mimik muka dan respon aku mana nak sorok. He3.. aku tak perasan plak yang aku habis makan sebungkus biskut beras tu. Sedap sangat la. Memang aku dah jatuh hati la dengan rasanya. Walaupun ada perisa jagung n sebagainya tapi memang ternyata la biskut tu sedap sangat.

Tu la kalau ego aku tak tinggi awal2 dulu tak la aku malu cam ner. Nasib baik la member aku tu faham & tak kutuk aku cam aku kutuk dia dulu hu3. So pas tu aku ajak member aku tu pergi beli biskut beras tu kat tesco. Sebab aku jujur mengaku pada member aku tu bahawa biskut beras ne memang sedap maka member aku tu hadiahkan aku 4 pek biskut beras. He3.. bertuahnya badan kan dapat benda pree he3. kalau tau macam ner dari awal2 lagi aku dah kata biskut tu sedap. Apa2 pon ingat la ek tak de gunanya pertahankan ego tu. Kadang2 kita kena gak biase2 jek. So moral dari kisah ne ego tinggi mana pon tak guna kerana lama2 akan tertunduk jugak. Kalau belagak sangat & nak pertahan kan ego tu sangat2 so bersedia la berdepan dengan risiko yang tak dijangkakan ok. Dont ego2 lagi ek!

taNDa-taNDa BerbOhOng


Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tips-tips cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.
Menyentuh hidung.
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut.
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap.
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/wanita/suami/isteri anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata.
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan.
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah.
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Monday, February 2, 2009

HibUrkaN HaTi NaN dUka -sUdUt stOrY mOrY-

Antara badak dgn monyet mane yang bijak dan kejam??
Al-kisahnya, dlm sebuah hutan ade seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni tak penah berbaik. Asal berjumpa je,bertengkar. Pada suatu hari ketika mereka sedang bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah pelita tu digosok beberapa kali maka keluarlah seekor jin. Jin itu bersetuju utk menunaikan tiga permintaan bagi kedua-dua binatang tu.
Permintaan 1 Badak : "Saya mau semua badak dlm hutan ni adalah betina kecuali saya." Hehe.
Permintaan 1 Monyet: "Saya mau sebuah motor Harley Davidson".Jin tu kelip mata.
Pling!! Semua badak kat situ bertukar jadi betina dan terdapat sebuah motor Harley Davidson.
Permintaan 2 Badak : "Saya mau semua badak di negeri Pahang ni betina kecuali saya". Hehe.
Permintaan 2 Monyet: "Saya mau jaket kulit dan helmet Shoei".
Pling!! Semua badak di negeri Pahang bertukar jadi betina dan monyet tu pun dapat brg2 nya.
Lepas tu jin tu berkata, "Ini permintaan terakhir kamu. Fikir lah baik2". Badak tu berfikir sejenak lalu berkata, "Saya mahu semua badak sumbu di Malaysia ni betina yang cun2 belaka". Jin pun kelipkan mata. Ping!! Maka tinggallah badak tu satu2 nya jantan terhangat di Malaysia.
"Hah,monyet! Kau nak kasut kulit pulak ke?" jin bertanya kpd monyet. Monyet tu memakai helmet, naik ke atas motor lalu menghidupkan enjin nya kemudian melihat ke arah badak yang tersengih lebar."Saya mau badak tu jadi Gay". Jin pun kelip kan mata. Ping!! Maka meraunglah badak tu sepuas nya sambil berkata, "Mana lah aku nak cari badak jantan ni, nyah? Ish, tak kuasa mak, nyah.."
Hehehe.. Moral : Jangan kawan dgn monyet.
Temuduga satu soalan
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini".
Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari" "Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi. "Kamu pula?", tanyanya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua."Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu."Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga. "Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali. "Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi."Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ......... ..hehehehehhe. .........
Kentut Yang Tak Boleh Di Tahan
Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup. Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji. Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya. Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. Namun karana sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega. Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi, "Doggy! "
Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi. Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"
Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa minit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi. Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api. Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"
Nak tau tapi malu Tanya
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.
Samdol : Bang harga durian ini berapa?
Org Asli : yang ini.. sepopit sebiji.
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya.
Samdol : Bang.. Boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : Lahupa.. boleh ya!
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.
Orang Asli : Lahupa itu berapa?
Samdol : Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?
Tahukah korang?
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asasdalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa airsirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengannama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya.. :)

Sunday, February 1, 2009

JeNama IMAN BESTmeNgUaSai UPSI

Produk IMAN BEST menguasai UPSI????
Haaa3.. bunyinya memang kelakar. Aku bergelar usahawan (ala-perniaga jaya la tu kan). Em.. aku sendiri tak tahu macam mana boleh terdetik dihati aku nak menjadi peniaga kecil-kecilan dalam kelas dan disekitar kampus dan kolej-kolej kediaman UPSI. Ala barang jualan aku bukan la barang jualan mahal-mahal macam cikgu-cikgu kat sekolah tu. Aku just jual kerepek ubi, maruku & sandwish jek. Hooo3.. mesti la ramai yang tak percaya dengan kerja baru aku ner. Sebenarnya memang dah lama aku teringin nak berniaga kecil-kecilan ner. Dah terpikir sejak aku berada di semester dua lagi. Masa tu yang membuatkan aku boleh terfikir untuk berniaga adalah kerana jumlah pinjaman PTPTN yang diperolehi semester tu sedikit jek. Adalah dalam RM 450. Waa... untuk hidup di universiti dengan RM 450 selama enam bulan memang la tak boleh. Tapi aku kira bernasib baik jugak la, sebabnya aku ada la simpan duit sikit masa di semester satu tu. So boleh la aku nk tampung sikit lubang-lubang & kekeringan duit yang aku alami sepanjang semester tu. Yang menjadi rekodnya aku langsung tak meminjam duit daripada sapa-sapa termasuk keluarga aku. Walau aku sering sesak & kering duit macam mana pon aku tetap pegang prinsip aku tak akan pinjam dengan sapa-sapa. Tapi kalau ada yang memberi memang aku terima la. Contohnya ayah angkat aku (Papa), ada la papa bagi aku duit RM 200 untuk kegunaan aku. Tapi sampai sekarang aku tak pakai-pakai duit tu sebab bagi aku duit yang diberi tu seperti ada satu kenangan yang amat bernilai.

Bermula dari sini la aku menyimpan niat untuk berniaga kecil-kecilan. Tak kisah la berniaga apa pun yang penting barang tu laku dan memberi keuntungan kepada aku. Sekurang-kurangnya ada la aku duit untuk kegunaan sendiri nanti. Aha.. macam tu la angan-angan aku waktu tu Tup2 jadi realiti plak sekarang ner kan...

Haa.. cam tu la. Aku pon tak sangka yang sekarang ner aku dah begelar seorang usahawan. Nak kata berjaya tu belum la tapi bakal berjaya la nanti hu3.. Aku tau ramai member2 yang jeles dengan aku sekarang ner hee3.. - tak de la gurau jek =) – Aku nak ucap terima kasih pada semua member2 yang bagi semanagat & dorongan untuk aku berniaga ner. Tak putus2 aku dapat pelbagai nasihat dan tips dari korang semua. Memang berbaloi la ada kawan2 yang macam korang semua ner. Tu yang membuatkan aku terharu tau. Yang lagi mengharukan aku apabila semua member2 turut membeli produk jenama IMAN BEST. Rasa sangat2 la dihargai dengan sokongan tu. Hope bukan kerana terpaksa la bila ada yang membeli produk IMAN BEST tu. Anyway aku ucap sekali lagi ribuan terima kasih pada semua kawan2 UPSI. Jadi boleh la korang semua dapatkan produk IMAN BEST ner disekitar UPSI dan kawasan2 seanteronya ek. Yang dari luar kawasan Tanjung Malim tu boleh jek call @ msg untuk sebarang tempahan (promosi ner hu3). Semoga perniagaan aku ner akan terus kekal & terus maju. Semoga impian aku nak menjadi peniaga selain jadi guru suatu hari nanti akan tercapai juga ek. Doa-doakan la semoga semuanya terlaksana juga nanti. Aku jugak nak ucapakan jutaan terima kasih kepada A.Syamsun Abd Rahman kerana telah memberi galakkan untuk aku mula berniaga ini. Jasa mu tidak akan sekali-kali aku lupakan. Begitu juga kepada Shah Rizal Abu Kadir, Papa dan semua kenalan. Thanks a lot.