Thursday, February 26, 2009

Gembira, Sedih, Rindu, Cinta dan Masa.


Kisah bermula apabila empat orang sahabat baik iaitu Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta mula menggembara untuk mencari Bahagia. Dalam perjalanan pelbagai cabaran dan dugaan mereka tempuhi. Semuanya dihadapi bersama-sama kerana mereka berjanji untuk sehidup semati. Ikatan antara empat orang sahabat ini amat akrab sekali. Susah senang dan liku-liku kehidupan diharungi bersama. Semuanya atas nama persahabatan yang jujur dan ikhlas. Tujuan mereka sama. Untuk mencari Bahagia.

Setelah penat meredah hutan, laut, bukit, denai, hutan dan paya akhirnya mereka berempat terdampar disebuah pulau. Kolek yang mereka naikki untuk pergi dari satu pulau ke pulau lain telah hancur dihempas ombak yang menggila dilautan. Empat sahabat ini berasa sangat kecewa kerana mereka sudah tidak dapat untuk meneruskan perjalanan mereka ke pulau-pulau lain untuk mencar Bahagia.

Dalam kalangan mereka ini Gembira adalah yang paling merasakan kekecewaan. Bagi Gembira, apabila menemui Bahagia nanti Gembira sudah semestinya tidak akan bersama dengan Sedih. Hal ini demikian, Gembira selalu sahaja berkonflik dengan Sedih. Walau bagaimanapun, Rindu dan Cinta seringkali menjadi pendamai apabila Gembira bergaduh dengan Sedih. Rindu dan Cinta bijak dalam mewujudkan suasana yang baik bagi memulihkan semula keadaan tersebut.

Pada ketika ini, Sedih terus diruntun pilu. Kepiluannya tidak dapat dibendung lagi sehingga Sedih ingin mengambil keputusan yang tidak sewajarnya. Sedih ingin membunuh diri di pulau itu. Hal ini demikian, Sedih tidak dapat menerima bahawa Sedih tidak akan dapat bertemu dengan Bahagia. Meskipun begitu, semua sahabat-sahabat Sedih memujuk Sedih supaya bertindak lebih rasional. Disinilah Rindu dan Cinta meminta Gembira untuk menghiburkan hati Sedih supaya matlamat mereka akan dapat dicapai bersama. Gembira amat berpuas hati kerana berjaya memujuk dan memulihkan Sedih dari terus dalam kepiluan dan Gembira juga sudah tidak kecewa lagi kerana Gembira mempunyai sahabat yang baik seperti Rindu dan Cinta.
Hari semakin lewat petang dan hujan turun dengan lebatnya sepanjang malam tersebut. Oleh kerana empat bersahabat ini tidak tahu untuk tidur dimana, maka mereka telah bekerjasama untuk membina satu pondok kecil. Walau bagaimanapun pondok tersebut hanya mampu untuk memuatkan tiga sahabat sahaja. Pondok yang dibina terlalu kecil kerana kekurangan bahan pembinanan seperti kayu da daun-daun hutan.

Akhirnya Cinta mengalah dan sanggup bekorban dengan tidur diluar pondok tersebut. Walaupun hujan turun dengan lebatnya dan suasana sejuk menyelubungi kawasan pulau tersebut, namun tetap tidak menghalang untuk Cinta terus bertahan sehingga pagi. Bagi Cinta, Cinta sanggup bekorban demi sahabat-sahabatnya asalkan semua sahabatnya berada dalam keadaan selesa ketika dalam pengembaraan mencari Bahagia ini.

Tanpa disedari Cinta, segala tingkah lakunya diperhatikan oleh Rindu. Rindu seakan-akan rasa bersalah membiarkan Cinta terus menghadapi keadaan yang sukar diluar pondok sendirian sedangkan Rindu, Gembira dan Sedih sedang asyik lena dibuai mimpi-mimpi indah. Akhirnya, Rindu mengambil keputusan untuk turut serta Cinta berada diluar pondok dan menghadapi suasana diluar bersama. Cinta amat terharu dengan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan Rindu untuk bersamanya. Cinta amat-amat menghargai tindakan Rindu itu. Cinta memeluk rindu dengan penuh rasa kasih sayang sebagai sahabat.

Hujun terus turun dengan lebatnya sehingga pagi. Air laut nampaknya semakin meningkat dan berada diparas bahaya. Rindu memberitahu kepada sahabat-sahabatnya bahawa tidak lama lagi pulau tersebut akan tenggelam. Gembira dan sedih berasa sangat-sangat takut dan mereka berpelukan sesama sendiri. Namun berlainan bagi Cinta. Cinta hanya duduk dan terus termenung tanpa memberikan sebarang riaksi. Rindu telah mengajak sahabat-sahabatnya untuk memmbina kolek secepat mungkin supaya mereka dapat menyelamatkan diri sebelum pulau tersebut tenggelam. Rindu mencadangkan supaya mereka membina kolek yang berasingan supaya kolek tersebut tidak musnah bila dilambung ombak nanti.
Gembira dan Sedih bersetuju dengan cadangan Rindu itu. Maka dengan pantas Gembira dan Sedih terus mencari bahan-bahan untuk membina kolek. Begitu juga dengan Rindu. Sahabat bertiga bertungkus lumus membina kolek masing-masing dengan cepat supaya masing-masing terselamat dari terus tenggelam dengan pulau tersebut dan dapat terus mencari Bahagia. Namun demikian, tidak bagi Cinta. Walaupun telah disuruh berkali-kali oleh Rindu, Gembira dan Sedih supaya membina kolek, namun Cinta terus mengelamun dan memerhatikan sahaja tindakan rakan-rakannya. Cinta merasakan bahawa Bahagia akan datang sendiri untuk menyelamatkannya dan Cinta beranggapan Cinta tidak perlu terus mencari Bahagia.

Akhirnya, siap juga kolek Gembira, Sedih dan Rindu. Setelah mereka berpelukkan sesama mareka, tiba la masa untuk tiga sahabat ini meneruskan perjalanan dengan kolek masing-masing. Cinta hanya dapat memerhatikan sahaja tiga sahabatnya terus belayar dilautan yang terbentang luas dengan kolek masing-masing. Setelah seketika belayar, akhirnya tiga sahabat ini hilang dari pandangan mata Cinta.

Cinta terus mengelamun. Teras sunyi dirinya di tinggalkan berseorangan. Namun, Cinta tetap berpegang teguh pendiriannya bahawa Bahagia akan datang sendiri kepadanya. Tanpa Cinta sedari paras air laut semakin lama semakin tinggi dan semakin menenggelamkan pulau tersebut. Cinta mulai resah dan gelisah kerana Cinta tahu bahawa Cinta akan mati lemas jika tiada yang menyelamatkannya. Cinta terus diburu rasa risau melihatkan air laut semakin menghampiri dirinya.

Walau bagaimanapun, dari kejauhan Cinta terlihat seorang tua dalam sebuah kolek usang sedang menghampiri pulau yang hampir menenggelamkannya. Seorang tua yang tidak dikenali olah Cinta telah menyelamatkan Cinta dari terus tenggelam bersama pulau tersebut dan mati lemas dilautan yang terbentang luas ini. Cinta mengucapkan terima kasih kepada seorang tua terbut kerana telah menyelamatkannya. Cinta terhutang budi dengan seorang tua tersebut dan Cinta berharap suatu hari nanti cinta dapat membalas jasa seorang tua itu.

Setelah lama belayar, sampailah Cinta dan seorang tua itu disebuah pulau yang mendamaikan. Disitu Cinta terlihat tiga sahabat yang telah meninggalkannya. Gembira, Sedih dan Rindu seakan tidak percaya melihat Cinta masih lagi hidup. Empat sahabat ini saling berpelukan dengan erat dan berasa sungguh bertuah kerana mereka dipertemukan kembali.

Cinta mengucapkan rasa syukur kerana masih lagi ada insan yang sudi memberikan bantuan dan pertolongan ketika Cinta berada dalam kesusahan. Cuma Cinta perlu sabar dan terus sabar menantinya. Cinta mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada seorang tua tersebut kerana menyelamatkannya dan membawanya bertemu semula dengan sahabat-sahabat karibnya ini.

Kemudian, seorang tua ini pun terus berlalu dalam meneruskan pelayarannya ke destinansi yang lain pula tanpa sempat Cinta mengenalinya. Cinta berasa sangat berkecewa kerana tidak dapat mengenali seorang tua yang terlalu baik baginya. Namun begitu, Rindu menyatakan bahawa seorang tua itu adalah bernama Masa. Masa akan sentiasa berada dimana sahaja kita berada sama ada susah atau senang. Cuma kita sahaja perlu sabar menantikanya untuk membantu kita kerana Masa tidak akan berpatah balik jika sesuatu telah berlaku. Oleh itu Cinta bernasib baik kerana Masa masih sudi membantunya kerana Masa mengerti bahawa Cinta memerlukan Bahagia.

Kini, barulan empat sahabat ini mengeri dimana Bahagia yang mereka cari. Sebenarnya mereka berempatlah Bahagia tersebut. Apabila Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta bergabung mereka akan rasa Bahagia dan itulah erti sahabat Bahagia yang mereka cari-carikan sepanjang pengembaraan ini. Maka ketahuilah oleh empat sahabat ini bahawa tanpa Masa mereka tidak akan menemui Bahagia kerana Cinta akan mati dan mereka akan terus hidup sensara jika tiada Cinta.

- Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta adalah perasaan yang biasa kita hadapi. Tapi tahukah kita bahawa sebenarnya Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta ini yang membentuk Bahagia. Walau sebanyak mana kita menghadapi konflik (seperti Gembira & Sedih) dan rasa kasih sayang (seperti Rindu & Cinta) sebenarnya diri kita sendiri yang menentukan apa yang kita inginkan. Jika kita ingin terus dengan pergaduhaan kita boleh terus bertelagah tapi jika kita inginkan keseronokan kita boleh pilih untuk terut bersama menghadapi dugaan dan kasih sayang.
- Pondok diatas boleh la kita anggap sebagai hati kita. Dalam satu-satu masa kita tidak boleh untuk menempatkan pelbagai perasaan kerana hati kita tidak besar untuk menampung kesukaran mengawal kesemuanya perasaan serentak. Oleh yang demikian, mesti perlu ada perasaan yang berkorban supaya perasaan yang kekal dihati itu terus selesa untuk seketika waktu.
- Pecaya atau tidak masa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Walau pun setua mana masa itu, masa akan terus tetap berjalan tanpa henti. Mungkin ada ketikanya masa akan membantu kita ketika kita berada dalam keadaan sukar atau sebaliknya. Masa banyak menentukan apa yang diperlukan oleh kita cuma kita perlu untuk sabar dan terus sabar kerana masa pastinya akan menentukan yang terbaik untuk kita.
- Diakui memang semua manusia mencari kebahigaan. Tetapi kita tidak tahu bagaimana ingin mendapatkannya. Sebenarnya bahagia sering menemani kita sepanjang hidup ini. Cuma kita perlu sedar bahagia yang bagaimana kita perluakan. Jika inginkan bahagia kerana paras rupa ia akan hodoh satu masa nanti, jika inginkan bahagia kerana harta benda ia akan habis juga satu ketika nanti. Oleh yang demikian biarkanlah kita bahagia kerana tergabungnya perasaan Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta dalam persahabatan. Kerana apa... perasaan ini tidak akan hilang dan akan menjadi kenangan / nostalgia sepanjang hidup kita kerana kita mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan satu-satu pengalaman. Oleh itu, sesuatu pengalaman tidak ada maknanya jika pengalaman tersebut tidak mempunyai pengajaran.

Nukilan sadis & magis :
Iman Wahyu 25 Februari 2009
19.45 – 22.51 pm.

No comments:

Post a Comment