Monday, February 2, 2009

HibUrkaN HaTi NaN dUka -sUdUt stOrY mOrY-

Antara badak dgn monyet mane yang bijak dan kejam??
Al-kisahnya, dlm sebuah hutan ade seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni tak penah berbaik. Asal berjumpa je,bertengkar. Pada suatu hari ketika mereka sedang bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah pelita tu digosok beberapa kali maka keluarlah seekor jin. Jin itu bersetuju utk menunaikan tiga permintaan bagi kedua-dua binatang tu.
Permintaan 1 Badak : "Saya mau semua badak dlm hutan ni adalah betina kecuali saya." Hehe.
Permintaan 1 Monyet: "Saya mau sebuah motor Harley Davidson".Jin tu kelip mata.
Pling!! Semua badak kat situ bertukar jadi betina dan terdapat sebuah motor Harley Davidson.
Permintaan 2 Badak : "Saya mau semua badak di negeri Pahang ni betina kecuali saya". Hehe.
Permintaan 2 Monyet: "Saya mau jaket kulit dan helmet Shoei".
Pling!! Semua badak di negeri Pahang bertukar jadi betina dan monyet tu pun dapat brg2 nya.
Lepas tu jin tu berkata, "Ini permintaan terakhir kamu. Fikir lah baik2". Badak tu berfikir sejenak lalu berkata, "Saya mahu semua badak sumbu di Malaysia ni betina yang cun2 belaka". Jin pun kelipkan mata. Ping!! Maka tinggallah badak tu satu2 nya jantan terhangat di Malaysia.
"Hah,monyet! Kau nak kasut kulit pulak ke?" jin bertanya kpd monyet. Monyet tu memakai helmet, naik ke atas motor lalu menghidupkan enjin nya kemudian melihat ke arah badak yang tersengih lebar."Saya mau badak tu jadi Gay". Jin pun kelip kan mata. Ping!! Maka meraunglah badak tu sepuas nya sambil berkata, "Mana lah aku nak cari badak jantan ni, nyah? Ish, tak kuasa mak, nyah.."
Hehehe.. Moral : Jangan kawan dgn monyet.
Temuduga satu soalan
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini".
Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari" "Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi. "Kamu pula?", tanyanya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua."Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu."Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga. "Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali. "Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi."Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ......... ..hehehehehhe. .........
Kentut Yang Tak Boleh Di Tahan
Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup. Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji. Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya. Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. Namun karana sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega. Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi, "Doggy! "
Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi. Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat. Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"
Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa minit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi. Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api. Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"
Nak tau tapi malu Tanya
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.
Samdol : Bang harga durian ini berapa?
Org Asli : yang ini.. sepopit sebiji.
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya.
Samdol : Bang.. Boleh kurang sikit tak?
Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : Lahupa.. boleh ya!
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.
Orang Asli : Lahupa itu berapa?
Samdol : Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?
Tahukah korang?
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asasdalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa airsirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayahkepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengannama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekorioleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supayabenda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpaekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupuntelah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendirisebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza darisegi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratustahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumahkita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsungtentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan hartadunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakatjika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupakekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagaiubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayamyang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya.. :)

No comments:

Post a Comment