Sunday, February 1, 2009

JeNama IMAN BESTmeNgUaSai UPSI

Produk IMAN BEST menguasai UPSI????
Haaa3.. bunyinya memang kelakar. Aku bergelar usahawan (ala-perniaga jaya la tu kan). Em.. aku sendiri tak tahu macam mana boleh terdetik dihati aku nak menjadi peniaga kecil-kecilan dalam kelas dan disekitar kampus dan kolej-kolej kediaman UPSI. Ala barang jualan aku bukan la barang jualan mahal-mahal macam cikgu-cikgu kat sekolah tu. Aku just jual kerepek ubi, maruku & sandwish jek. Hooo3.. mesti la ramai yang tak percaya dengan kerja baru aku ner. Sebenarnya memang dah lama aku teringin nak berniaga kecil-kecilan ner. Dah terpikir sejak aku berada di semester dua lagi. Masa tu yang membuatkan aku boleh terfikir untuk berniaga adalah kerana jumlah pinjaman PTPTN yang diperolehi semester tu sedikit jek. Adalah dalam RM 450. Waa... untuk hidup di universiti dengan RM 450 selama enam bulan memang la tak boleh. Tapi aku kira bernasib baik jugak la, sebabnya aku ada la simpan duit sikit masa di semester satu tu. So boleh la aku nk tampung sikit lubang-lubang & kekeringan duit yang aku alami sepanjang semester tu. Yang menjadi rekodnya aku langsung tak meminjam duit daripada sapa-sapa termasuk keluarga aku. Walau aku sering sesak & kering duit macam mana pon aku tetap pegang prinsip aku tak akan pinjam dengan sapa-sapa. Tapi kalau ada yang memberi memang aku terima la. Contohnya ayah angkat aku (Papa), ada la papa bagi aku duit RM 200 untuk kegunaan aku. Tapi sampai sekarang aku tak pakai-pakai duit tu sebab bagi aku duit yang diberi tu seperti ada satu kenangan yang amat bernilai.

Bermula dari sini la aku menyimpan niat untuk berniaga kecil-kecilan. Tak kisah la berniaga apa pun yang penting barang tu laku dan memberi keuntungan kepada aku. Sekurang-kurangnya ada la aku duit untuk kegunaan sendiri nanti. Aha.. macam tu la angan-angan aku waktu tu Tup2 jadi realiti plak sekarang ner kan...

Haa.. cam tu la. Aku pon tak sangka yang sekarang ner aku dah begelar seorang usahawan. Nak kata berjaya tu belum la tapi bakal berjaya la nanti hu3.. Aku tau ramai member2 yang jeles dengan aku sekarang ner hee3.. - tak de la gurau jek =) – Aku nak ucap terima kasih pada semua member2 yang bagi semanagat & dorongan untuk aku berniaga ner. Tak putus2 aku dapat pelbagai nasihat dan tips dari korang semua. Memang berbaloi la ada kawan2 yang macam korang semua ner. Tu yang membuatkan aku terharu tau. Yang lagi mengharukan aku apabila semua member2 turut membeli produk jenama IMAN BEST. Rasa sangat2 la dihargai dengan sokongan tu. Hope bukan kerana terpaksa la bila ada yang membeli produk IMAN BEST tu. Anyway aku ucap sekali lagi ribuan terima kasih pada semua kawan2 UPSI. Jadi boleh la korang semua dapatkan produk IMAN BEST ner disekitar UPSI dan kawasan2 seanteronya ek. Yang dari luar kawasan Tanjung Malim tu boleh jek call @ msg untuk sebarang tempahan (promosi ner hu3). Semoga perniagaan aku ner akan terus kekal & terus maju. Semoga impian aku nak menjadi peniaga selain jadi guru suatu hari nanti akan tercapai juga ek. Doa-doakan la semoga semuanya terlaksana juga nanti. Aku jugak nak ucapakan jutaan terima kasih kepada A.Syamsun Abd Rahman kerana telah memberi galakkan untuk aku mula berniaga ini. Jasa mu tidak akan sekali-kali aku lupakan. Begitu juga kepada Shah Rizal Abu Kadir, Papa dan semua kenalan. Thanks a lot.

2 comments:

  1. uit...perlu ker nk promote segala? hehe...
    smg perniagaan ko makin maju...t keuntungan share2 k...

    ReplyDelete
  2. utg bahagi sama rata naaa...bila dh jadi pniaga kaya jaya..jgn lupa blnja abuya budak2 kelas..haha

    ReplyDelete