Monday, March 28, 2011

Minggu yg sibuk + pening2..

alahai... minggu ne aku toi2 la sibuk. cam2 perkara la kena buat n selesaikan. emm..bukan sahaja kerja yang mmg dah menjadi tanggung jawab tapi termasuk juga la kerja2 kebajikan terhadap 5 org anak jagaan aku kat umah tuh (house mate). entah la aku pon dah naek beterabur & pusing2 kepala memikirkan apa yang patot aku dahulukan. kedang2 rasa perkara ne penting, tapi bila wat keja tuh terasa perkara laen pon penting jugak. jadik hati xtenang nak wat sume bentuk kerja. adoi... mmg toi2 dugaan la. nak cita kat org bukan org paham pon keadaan aku (kecuali org yg tersyg dihati aku jek yg paham.. maksudnya ehm2.. laa..) so lebih baik aku tulis jek kat blog ner. sekurang2nya lega gak hati aku yang tgh gundah gulana neh. berikut antara perkara2 yang mmg membizi kan aku minggu neh.


!. pertamanya pastilah kelancaran kelas bimbingan IMAN BESTARI yang aku wujudkan neh. aku mulakan kelasa bimbingan ini bermula minggu neh. insyaAllah khamis dan jumaat mlm akan berlangsung la. semua pelajar dah setuju n dah dpt kebenaran daripada ibu bapa. masalahnya aku la yg masih lagi terkial2 menyediakan bahan2 yang perlu untuk mengajar. adoi.. mmg dasyat la minggu ne. bnyk keja see... xpe2 apa2 pon aku kena selesaikan jugak bahan mengajar aku tok pastikan sume pelajar aku mendapat ilmu yang terbaik dari kelas bimbingan aku neh. yesss.. aku cuba wat yang terbaik.


2. kedua, pastinya la pasal kejohanan hoki peringkat mssd kapit neh. sek aku jadik tuan rumah n kena menguruskan pertandingan ini. maka aku pon terlibat la sebagai ajk padang. huhu so esok aku kena mula menyediakan padang tok kejohanan yang akan berlangsung ari rabu sampai la jumaat nnti. huhu aku mmg terdesak la kena siapkan keja tu cpt2. hope dah siap padang tuh nnti xde la kerosakan atau kecacatannya. mudah2an sume baik2 saja.


3. ketiga... minggu ne minggu terakhir program orentasi guru permulaan. so ari neh ada taklimat dgn PK akademik. yess..dah tamat sudah orentasi aku sebagi guru baru. yang menjadi masalahnya pula skg neh adalah report yang kena hantar tu. sebahagiannya mmg telah aku selesaikan cuma yang lagi sedikit tu masih lagi belum selesai. nak kemas kini lagi. aduh.. mmg bencana la. apa2 pon aku kena selesaikan jugak laporan tu sbb ne menunjukan komitmen dan potensi aku sebagai guru kat sek neh. huhu semangat2 siapakan sumenya tuh ya IMAN.


4. keempat, aku kena urus kan semua hal2 rumah la. bil air, elektrik, bil stremix, bil astro, duit sewa umah, barang2 keperluan rumah sume aku kena uruskan. anak2 yang berlima tu pon aku kena uruskan jgak. tapi bagusnya ada juga yang menolong2 aku. thanks banyak2. ya la dah dok serumah kena la uruskan umah tu sama2. yang wat aku kecewa ada jugak yang wat hal sendiri n wat dek jek kat umah. bila lapo br la terkial2 mencari nasik kat dapo. klo xde nasi malas nak masak sndiri. nak tgu kemas umah mmg xde la. apa2 pon xkisah la asalkan sume gembira tinggal di rumah tu.


5. kelima, persiapan tok program ketua tingkatan. walau bukan aku penyelarasnya namun aku pon kena jugak tempiasnya sbb dah keja satu bumbung kan. aku kena uruskan bahagian ice breaking & ceramah kepimpinan. so nak xnak kena la aku buat jgak. yang lagi bermalahnya plak tarikh program tu bertindih plak dgn program pemaufakatan sek. aduhai... kena ubah tarikh n sebagainya la. xpe tu keja penyelaras tapi aku pon terkena jugak la. aduhhh....


6. keenam, aku kena sediakan barang2 yang perlu digunakan tok kelas bimbingan aku ne. contohnya kerusi, meja, kipas, buku latihan dan nota. aduhai... satu lagi beban yang aku ciptakan sendiri. tapi xpe aku akan wat yang terbaik tok kelas bimbingan aku neh. apa2 pon aku harapkan yang terbaik tok kelas bimbingan aku tu.


fuhhhhh.. klo baca mmg nampak dasyat la minggu ne. banyak plak perkara yang aku kena sentuh n siapkan. apa2 pon aku harap leh wat dengan baik & cemerlang. yang penting walau aku sibuk camne pon org yang aku sayang xpernah aku lupakan walau sesaat pon. sentiasa dihati n sanubari aku ini. arghh..leganya bila dah luahkan sumenya di blog neh. moga2 segala kepeningan dan keserabutan aku ni akan hilang dan aku kembali tenang n amam seperti biasa. yang penting iman boleh n cayalah..............iman... =) ~IMAN BEST~

Friday, March 25, 2011

IMAN BESTARI

Jika dulu jenama produk keluaran IMAN BEST menguasai UPSI kini jenama atas nama IMAN telah dikemaskini. Terbaru aku menubuhkan IMAN BESTARI yang menyediakan kelas bimbingan kepada para pelajar. Entah lah aku sendiri masih lagi xpaham cara2 nak menubuhkan syarikat atau pusat tusyien ne. Tapi aku dah memulakan operasinya bermula minggu ini. Sekarang aku baru mula proses mempramosi jek kepada para pelajar. Ramai pelajar yang memberika respon positif. Jika tiada aral melintang, insyAllah minggu depan aku akan memulakan kelas bimbingan tersebut. kelas ne terbahagi kepada dua kelompok dan setiap kelompok hanya melibatkan 10 orang pelajar. Tujuannya supaya aku boleh memberikan tumpuan yang lebih kepada semua pelajar dalam kelompok. Hanya subjek yang aku mahir saya yang aku tawarkan iaitu subjek Sejarah dan Geografi. Kelas bimbingan aku akan diadakan dirumah aku seperti dalam jadual kelas yang telah disediakan. Sedikit bayaran dikenakan kepada setiap pelajar secara bulanan. Pelbagai keistimewaan yang akan diperolehi oleh pelajar kelas bimbingan aku ne. Antaranya bimbingan dijalankan secara individu dan kelompok kecil, proses pembelajaran secara konprehensif dan latihan secara intensif, nota dan buku latihan disediakan, gaya pembelajaran tutorial, guru pembimbing yang berpengalaman dan pendaftaran pelajar adalah percuma. Tawaran kelas bimbingan IMAN BESTARI ini adalah dibuka hanya kepada pelajar tingkatan satu dan kepada pelajar yang berminat sahaja.
Hehe.. boleh plak aku promosikan kelas bimbingan aku kat blog ne. bukan apa saja ja nak maklumkan kepada pembaca2 blog neh semua. Apa yang aku harapkan kini adalah semua orang disekeliling aku mendoakan agar usaha aku ini akan membuahkan hasil dan memberi pengalaman yang baik kepada aku. Caya lah Iman.. hehe.... ~IMAN BEST~

Thursday, March 24, 2011

TERBARU - JOM BACA KISAH2 AKU


Hehe tok maklumat semua aku dah cuba edit sikit2 blog aku ne. Dari buruk kepada yang lebih cantik, kemas & best tok dibaca. Yang lagi penting berinformasi & sentiasa dikunjungi. Aku mengambil frasa 'Epilog Seorang Aku' bagi menggantikan frasa blog aku dulu iaitu 'Takdir Nan Terindah'. Aku mengambil langkah ini tok menjadikan blog aku ne sebagai salah satu pilihan penggemar blog. Aku just tulis apa yang berkaitan dengan aku dan perkara2 yang boleh aku kongsikan. Kini ada yang terbaru di blog aku iaitu "Jom Baca Kisah2 aku" di sebelah kanan atas sekali. Just klik jek mana yang korang nak baca. Hehe di laman ne akan memaparkan semua kisah2 yang aku boleh aku kongsikan. Sekurang2nya ada cita best n berpengajaran yang boleh aku kongsikan kepada semua. Kepada semua pengunjung blog anda kini dialu2kan tok memberi comment yang bernas & kreatif. Klo nak chat pon boleh just tinggalkan msg nnti aku rply la. Hehe kini hanya blog ne menjadi teman tok aku menulis. Apa2 pon aku tetap akan terus menulis kerana itu menjadi kegemaran ku. ~IMAN BEST~

Tuesday, March 22, 2011

YOU HAVE MY HEART


Sepi lagi hati ku ini, biarpun begitu selama ini, aku harus kuat menghadapi hari-hari yang berlalu pergi, demi dirimu. Aku sunyi, bila berjauhan dengan mu, diri mu ku rindu saban waktu. Aku teringat dan memikirkan mu sehingga satu ketika ia membuahkan air mata. Aku rindu, hanya pada mu, kau cinta hati ku selamanya, aku perlukan mu, aku mahukan mu, aku sayang dan aku cinta mu. Dihati ku, hanya kau satu, yang bertahta di sanubari ku, hanya kau saja. Kau terlalu istimewa dan bermakna, bagi ku kau sungguh indah dan membawa bahagia. Aku gembira dan juga ceria, kau ukirkan senyum ku sentiasa, gelak tawa senda mu, membawa ku ke alam khayal yang indah juga, memberi seribu makna. Hati ini, telah kau miliki, tak kan ku memberi selain diri mu. Kau yang ku sayangi dan ku pujaai, sentiasa berada dihati. Diri mu, sumber ilhamku, diri mu itu, nyawa bagi ku, kau umpama, sumbu hidup ku, yang menyalakan dan menghangatkan. Jika kau tiada, pasti ku hampa, lumpuh diri ku ini, tiada berdaya. Jika kau menghilang dari hidupku, tiada maknanya untuk ku bernafas di dunia ini lagi. Aku harap, engkau dan aku, akan kekal abadi dan sejati, biar apa jadi, selepas ini, pastikan hati mu dan hati ku kan terus bersatu. Aku ikhlas, mencintai diri mu, aku tahu juga engkau begitu. Kasih sayang kita, tak pernah luntur, walau hanya sekekita cuma. Aku doa, kau dan aku bahagia, bukan di dunia saja, malah akhirat juga. Untuk kita sama menjejak kaki ke syurga ilahi yang kita mimpi. Oh.. diri mu, jangan tinggal kan ku. Aku harapkan mu, kan terus mencintai ku, sama seperti ku yang selalu teringat dan memikirkan tentang mu. Wahai kasih, kau tetap abadi, dalam diri ini hanya kau pasti. Aku berjanji pada ilahi hanya di kau pilihan hati. Cinta ini dan kasih ini, begitu juga dengan sayang ini, rindu yang menebal dan perasaan ini akan terus bersemadi di hati. Moga kita, akan terus bahagia, aku menjadi milik mu, kau menjadi milik ku, hanya satu yang ku mahu, cinta kau dan aku akan terus bersatu selamanya. ~IMAN BEST~

Monday, March 14, 2011

Penang



indahnya bumi pulau pinang. terasa diri begitu berharga bila berada disini pada ketika ini. hope kenangan di Pulau Pinang akan jadi menjadi kenangan terindah dalam perjalanan hidupku.


Saturday, March 12, 2011

Kerana manisnya gula.


”‘Ish..sapa la yang xtutup rapat2 bekas gula ne. abis semut masuk & angkut gula ne. xcermat langsung wat keja. Org laen pon buat air jugak xde la sampai gula neh tumpah sana sini. Pastu xreti nak tutup bekas gula ne plak. Adoii… mmg melampau la. Klo nak kira dah rugi neh coz sedekah gula pada semut. Klo satiap hari semut neh dok angkut gula cam ne boleh bukak bisness la semut2 pas ne”.

emm.. itu mungkin sebahagian rungutan yang biase kita dengar bilamana semut menghurungi bekas gula umah kita. Dan mungkin itu juga merupakan rungutan kawan serumah aku. Ah…biase la xde yang sempurna. Yg sorang sikap sambil lewa. Bekas gula di biarkan tenganga terbuka mempelawa semut tok masuk. Yg sorang lagi pantang nampak semut mula bertindak. Ntah la aku nak kongsikan pon aku xpaham sbb laen org laen caranya. Klo dah tinggal 6 org so kena la paham sikap masing2. Mana yg elok terima seadanya, mana yg tidak kita bincang sama2. Nama pon dah tinggal serumah xkan la nak bermasam muka n bertikam lidah hanya kerana seekor semuat yang mencuri gula.

Biarkan saja lah semut tu mengambil gula itu. Mungkin dah manjadi rezekinya. Klo berkira-kira pon sama2 juga kita menikmati rezeki tuhan. Mula dengan rungutan akhirnya menjadi perbalahan. Ya la sapa yang suka melihat semut merata-rata merayap sesuka hati di dalam rumah. Tambah-tambah kat dapur yang sememangnya menjadi tempat penyimpanan stok makanan. Xpe la, klo dah xselesa ngn semut2 yang ada just bersihkan dan amik saja tindakan yg perlu. Klo perlu tutup rapat bekas gula tersebut, just lakukan. Klo perlu bersihkan sisa-sisa gula yang ada, just bersihkan. Xyah nak carik salah silap siapa yang membuatnya kerana apa kadang2 kita sendiri pon xsedar yang kita jg buat perkara yg sama. Klo xselesa melihat org laen lakukan sedemikian, kita sendiri pon jgn lakukan.

Atas rungutan yang mungkin diambil berat itu, aku menyatakan xperlu nak kecoh2 sbb org yang merungut tu pon xpernah nak jejak kan kaki ke dapur tok masak. Buat air pon just tok diri sendiri. Aku yang selalo di dapur dan melihat semua perangai xpenah nak merungut. Walhal kerana kes gula yg sedikit tu menjadi isu. Mungkin cara gurauan aku sedikit kasar. Sukar untuk diterima kerana mmg itu cara aku. Perlukah aku melayan individu berusia 25 tahun sama seperti aku menegur dan bergurau dengan kanak-kanak berusia 5 tahun? Klo xboleh bergurau dgn cara umur 25 tahun, baek jadi kanak2 rabina la. Maen di playground ngn kwn2 sebaya.

Bila disentap, amik tindakan budak2. Marah..menunjukkan tindakkan protes. Baling itu ini. Mana yg dicapai. Yang kelakar mmg tindakan kanak2 la langsung xdewasa. Siap merajuk lagi. Nasib nak makan lunch. Klo x berlapar la satu hari. Klo dah besar just duduk berbincang. Cakap elok2 n terus terang. Klo ikot hati aku mmg aku nak gelak tapi dah terlalu ramai cakap cma tu la layan budak2. So mmg ternyata la walau umur dah jubli perak tapi perangai masih lagi kanak-kanak.

Biarkan la. Aku just harap jgn la kerana manisnya gula yg menjadi idaman semut tu menjadikan perhubungan kita kelat + pahit. Kadang2 aku terpikir jugak, hanya kerana manisnya mulut boleh terputusnya hubungan, kerana manisnya kata & bicara boleh mengundang bahaya dan kerana manisnya gurau senda akan membibitkan rasa bahagia. So semanis dan sekelat mana pon gula itu rasanya tetap hebat klo kita betoi2 menikmatinya. ~IMAN BEST~

Pandang cermin melihat diri sendiri.



Hari-hari aku mengadap cermin. Cermin yang menjadi medium untuk aku melihat wajah aku yang tak seberapa ensem ini. Tapi kali ini berbeza pandangan aku pada cermin. Aku sendiri tak mengerti. Aku termenung panjang di hadapan cermin. Ku belek-belek sekitar wajah aku yang ala kadar ini saja. Entah aku sendiri masih tak tahu apa yang aku cari pada wajahku ini. Emm.. cantik. Perkataan ringkas terkeluar dari birai bibir ku yang munggil. Cutenyaa… kacak…tapi…emmm… tiba-tiba perasaan gembira yang melanda hati ketika melihat wajahku ini menjadi tak keruan. Mataku mula begenang air. Argh.. semakin luar kawalan. Satu persatu mutiara jernih yang aku simpan terhambur keluar laju menitis membasahi pipiku. Aku tak mengerti apa maksud titisan air mataku itu sendiri. Aku beralih tempat. Ku cari sudut paling sesuai di dalam kamarku. Aku meletakkan kepala di lengan kananku, sambil jari jemari lengan kiriku sibuk memicit-micit kepalaku yang langsung tak pening. Aku mengerutkan dahi yang tidak membawa maksud apa-apa. Lama fikiranku kosong dan melayang. Melayang entah kemana. Aku mengingatkan kembali wajahku didalam cermin. Selama ini aku tidak pernah memerhatikan wajahku dengan seteliti itu. Parut. Jelas lagi kelihatan di hujung bucu dahi sebelah kanan. Kini sudah tertutup sedikit dengan anak-anak rambut yang mula memanjang. Ya.. aku ingat lagi parut itu. Telah lama aku tidak hiraukan parut itu. Parut yang telah memberi aku seribu pengajaran ketika di zaman kanak-kanak. Aku ingat lagi bagaimana wajahku yang licin dicalari dengan luka akibat kenakalan ku semasa zamana kanak-kanak. Ketika itu aku menaiki basikal. Basikal tua milik ayahku. 8 tahun. Itu umur yang terlalu muda untuk membawa sebuah basikal tua yang sekali ganda besarnya dari tubuh aku yang comel. “Mike jangan menggatei ya nak bawak basikal tu, kang klo jatuh, udah bedaroh, tumpor plak aboh nak bawak mike ke klinik. Udah jagan degei. Dengor cakap aboh neh”. Demikian bebelan ayah ketika aku bekeras nak membawa basikal tua miliknya. Aku.. kanak-kanak yang degil dan nakal. Hilang saja ayah dari pandangan mataku, meluru laju aku menolak basikal kesayangannya itu ke depan rumah. Haha… dengan bangganya aku membawa basikal itu dengan kaki yang tidak sampai. Atas bantuan kakak ku, aku berjaya menaiki basikal tersebut dan terus membawanya tanpa perasaan takut. Malang mamang tak berbau. Nasib ku tak baik hari itu. Sedang aku meluru laju membawa basikal tersebut, rupanya tanganku tidak sampai mencapai brek basikal. Oh…tuhan… parit menjadi destinasi aku dan basikal ayah menjunam. Habis baju sekolah agamaku yang berwarna unggu menjadi gelap. Tambahan pula dengan bau limbah dan lumpur yang pastinya meloyakan siapa saja yang menghidunya. Aduhhhhh..aku menjerit kuat. Kakak ku yang berada disitu dengan segera menarik aku keluar dari parit yang maha busuk itu. Aku memejam mata. Mengalir aliran panas dari atas dahiku. Ya.. aliran itu berwarna merah dan semakin laju menuruni ke setiap ceruk wajahku. Aku menjerit kesakitan. Kepala ku terluka akibat terhantuk dengan badan basikal. Lukanya dalam. Darah keluar tanpa henti. Aku segera dihantar ke klinik oleh kakak ku. Alhamdulillah… aku selamat. Hanya mengalami luka ringan dan ada sedikit calar balar disekitar tubuhku ini. Setelah sembuh luka ku itu aku melihat cermin. Aku bertanya sendiri adakah parut ini akan kekal sehingga aku tua?. Kini sudah 18 tahun kejadian itu berlaku. Namun parutnya masih kekal jelas sehingga aku kini berusia 25 tahun. Kalau aku dengar nasihat ayahku dulu pastinya aku tidak memiliki parut ini. Tapi apakan daya perkara sudah berlaku. Sesungguhnya kejadiaan ini benar-benar telah menyedarkan aku tentang satu perkara. Luka diluar dapat disembuhkan, luka dihati siapalah tahu. Jadi moral dia, pandang cermin, tengok diri dalam-dalam, hayati identiti, kenali personaliti, menilai kendiri. Mudah-mudahan kita akan jumpa siapa sebenarnya diri kita. ~IMAN BEST~

Thursday, March 10, 2011

IMAN KEMBALI MAC 2011

Salam Satu Malaysia.

emm.. akhirnya ada juga peluang untuk aku menulis kembali dlm blog aku yg telah bertahun aku tinggalkan. kini aku lebih matang dan dewasa dlm menulis dan mengarang sesuatu perkara. mungkin dgn menulis di blog ne saja akan menenangkan hati aku bila ada kegundahan seperti dahulu. hope semua suka duka, cerita dan informasi dapat aku kongsikan dgn semua pengunjung blog aku. aku xmahu lagi dikenali sebagai seorang yg menulis mengikut perasaan dan maen ikot sedap hati saja. biarlah aku kini lebih matang dan dewasa. mudah-mudahan blog aku akan menjadi wadah ilmiah untuk semua penggemar blog. emm sudah agak lama aku meninggalkan blog ne. baru skg aku teringin menulis kembali setelah 2 tahun aku menyepikan diri. bukan apa sebenarnya mencari kekuatan diri tok menghadapi hari2 mendatang. kini aku sudah bekerjaya. alam sebagai seorang mahasiswa telah aku tinggalkan sebagai kenangan. hanya kerjaya yang menjadi peneman hidupku kini. sangat susah rupanya menjadi seorang yg tak pernah kita fikirkan. begitulah aku. bermulanya dari sini aku akan mengorak langkah menjadi seorang yg xakan dijumpai oleh org laen didunia ini. aku adalah diri aku. terimalah aku seadanya. ~IMAN BEST~