Saturday, March 12, 2011

Kerana manisnya gula.


”‘Ish..sapa la yang xtutup rapat2 bekas gula ne. abis semut masuk & angkut gula ne. xcermat langsung wat keja. Org laen pon buat air jugak xde la sampai gula neh tumpah sana sini. Pastu xreti nak tutup bekas gula ne plak. Adoii… mmg melampau la. Klo nak kira dah rugi neh coz sedekah gula pada semut. Klo satiap hari semut neh dok angkut gula cam ne boleh bukak bisness la semut2 pas ne”.

emm.. itu mungkin sebahagian rungutan yang biase kita dengar bilamana semut menghurungi bekas gula umah kita. Dan mungkin itu juga merupakan rungutan kawan serumah aku. Ah…biase la xde yang sempurna. Yg sorang sikap sambil lewa. Bekas gula di biarkan tenganga terbuka mempelawa semut tok masuk. Yg sorang lagi pantang nampak semut mula bertindak. Ntah la aku nak kongsikan pon aku xpaham sbb laen org laen caranya. Klo dah tinggal 6 org so kena la paham sikap masing2. Mana yg elok terima seadanya, mana yg tidak kita bincang sama2. Nama pon dah tinggal serumah xkan la nak bermasam muka n bertikam lidah hanya kerana seekor semuat yang mencuri gula.

Biarkan saja lah semut tu mengambil gula itu. Mungkin dah manjadi rezekinya. Klo berkira-kira pon sama2 juga kita menikmati rezeki tuhan. Mula dengan rungutan akhirnya menjadi perbalahan. Ya la sapa yang suka melihat semut merata-rata merayap sesuka hati di dalam rumah. Tambah-tambah kat dapur yang sememangnya menjadi tempat penyimpanan stok makanan. Xpe la, klo dah xselesa ngn semut2 yang ada just bersihkan dan amik saja tindakan yg perlu. Klo perlu tutup rapat bekas gula tersebut, just lakukan. Klo perlu bersihkan sisa-sisa gula yang ada, just bersihkan. Xyah nak carik salah silap siapa yang membuatnya kerana apa kadang2 kita sendiri pon xsedar yang kita jg buat perkara yg sama. Klo xselesa melihat org laen lakukan sedemikian, kita sendiri pon jgn lakukan.

Atas rungutan yang mungkin diambil berat itu, aku menyatakan xperlu nak kecoh2 sbb org yang merungut tu pon xpernah nak jejak kan kaki ke dapur tok masak. Buat air pon just tok diri sendiri. Aku yang selalo di dapur dan melihat semua perangai xpenah nak merungut. Walhal kerana kes gula yg sedikit tu menjadi isu. Mungkin cara gurauan aku sedikit kasar. Sukar untuk diterima kerana mmg itu cara aku. Perlukah aku melayan individu berusia 25 tahun sama seperti aku menegur dan bergurau dengan kanak-kanak berusia 5 tahun? Klo xboleh bergurau dgn cara umur 25 tahun, baek jadi kanak2 rabina la. Maen di playground ngn kwn2 sebaya.

Bila disentap, amik tindakan budak2. Marah..menunjukkan tindakkan protes. Baling itu ini. Mana yg dicapai. Yang kelakar mmg tindakan kanak2 la langsung xdewasa. Siap merajuk lagi. Nasib nak makan lunch. Klo x berlapar la satu hari. Klo dah besar just duduk berbincang. Cakap elok2 n terus terang. Klo ikot hati aku mmg aku nak gelak tapi dah terlalu ramai cakap cma tu la layan budak2. So mmg ternyata la walau umur dah jubli perak tapi perangai masih lagi kanak-kanak.

Biarkan la. Aku just harap jgn la kerana manisnya gula yg menjadi idaman semut tu menjadikan perhubungan kita kelat + pahit. Kadang2 aku terpikir jugak, hanya kerana manisnya mulut boleh terputusnya hubungan, kerana manisnya kata & bicara boleh mengundang bahaya dan kerana manisnya gurau senda akan membibitkan rasa bahagia. So semanis dan sekelat mana pon gula itu rasanya tetap hebat klo kita betoi2 menikmatinya. ~IMAN BEST~

No comments:

Post a Comment