Monday, March 28, 2011

Minggu yg sibuk + pening2..

alahai... minggu ne aku toi2 la sibuk. cam2 perkara la kena buat n selesaikan. emm..bukan sahaja kerja yang mmg dah menjadi tanggung jawab tapi termasuk juga la kerja2 kebajikan terhadap 5 org anak jagaan aku kat umah tuh (house mate). entah la aku pon dah naek beterabur & pusing2 kepala memikirkan apa yang patot aku dahulukan. kedang2 rasa perkara ne penting, tapi bila wat keja tuh terasa perkara laen pon penting jugak. jadik hati xtenang nak wat sume bentuk kerja. adoi... mmg toi2 dugaan la. nak cita kat org bukan org paham pon keadaan aku (kecuali org yg tersyg dihati aku jek yg paham.. maksudnya ehm2.. laa..) so lebih baik aku tulis jek kat blog ner. sekurang2nya lega gak hati aku yang tgh gundah gulana neh. berikut antara perkara2 yang mmg membizi kan aku minggu neh.


!. pertamanya pastilah kelancaran kelas bimbingan IMAN BESTARI yang aku wujudkan neh. aku mulakan kelasa bimbingan ini bermula minggu neh. insyaAllah khamis dan jumaat mlm akan berlangsung la. semua pelajar dah setuju n dah dpt kebenaran daripada ibu bapa. masalahnya aku la yg masih lagi terkial2 menyediakan bahan2 yang perlu untuk mengajar. adoi.. mmg dasyat la minggu ne. bnyk keja see... xpe2 apa2 pon aku kena selesaikan jugak bahan mengajar aku tok pastikan sume pelajar aku mendapat ilmu yang terbaik dari kelas bimbingan aku neh. yesss.. aku cuba wat yang terbaik.


2. kedua, pastinya la pasal kejohanan hoki peringkat mssd kapit neh. sek aku jadik tuan rumah n kena menguruskan pertandingan ini. maka aku pon terlibat la sebagai ajk padang. huhu so esok aku kena mula menyediakan padang tok kejohanan yang akan berlangsung ari rabu sampai la jumaat nnti. huhu aku mmg terdesak la kena siapkan keja tu cpt2. hope dah siap padang tuh nnti xde la kerosakan atau kecacatannya. mudah2an sume baik2 saja.


3. ketiga... minggu ne minggu terakhir program orentasi guru permulaan. so ari neh ada taklimat dgn PK akademik. yess..dah tamat sudah orentasi aku sebagi guru baru. yang menjadi masalahnya pula skg neh adalah report yang kena hantar tu. sebahagiannya mmg telah aku selesaikan cuma yang lagi sedikit tu masih lagi belum selesai. nak kemas kini lagi. aduh.. mmg bencana la. apa2 pon aku kena selesaikan jugak laporan tu sbb ne menunjukan komitmen dan potensi aku sebagai guru kat sek neh. huhu semangat2 siapakan sumenya tuh ya IMAN.


4. keempat, aku kena urus kan semua hal2 rumah la. bil air, elektrik, bil stremix, bil astro, duit sewa umah, barang2 keperluan rumah sume aku kena uruskan. anak2 yang berlima tu pon aku kena uruskan jgak. tapi bagusnya ada juga yang menolong2 aku. thanks banyak2. ya la dah dok serumah kena la uruskan umah tu sama2. yang wat aku kecewa ada jugak yang wat hal sendiri n wat dek jek kat umah. bila lapo br la terkial2 mencari nasik kat dapo. klo xde nasi malas nak masak sndiri. nak tgu kemas umah mmg xde la. apa2 pon xkisah la asalkan sume gembira tinggal di rumah tu.


5. kelima, persiapan tok program ketua tingkatan. walau bukan aku penyelarasnya namun aku pon kena jugak tempiasnya sbb dah keja satu bumbung kan. aku kena uruskan bahagian ice breaking & ceramah kepimpinan. so nak xnak kena la aku buat jgak. yang lagi bermalahnya plak tarikh program tu bertindih plak dgn program pemaufakatan sek. aduhai... kena ubah tarikh n sebagainya la. xpe tu keja penyelaras tapi aku pon terkena jugak la. aduhhh....


6. keenam, aku kena sediakan barang2 yang perlu digunakan tok kelas bimbingan aku ne. contohnya kerusi, meja, kipas, buku latihan dan nota. aduhai... satu lagi beban yang aku ciptakan sendiri. tapi xpe aku akan wat yang terbaik tok kelas bimbingan aku neh. apa2 pon aku harapkan yang terbaik tok kelas bimbingan aku tu.


fuhhhhh.. klo baca mmg nampak dasyat la minggu ne. banyak plak perkara yang aku kena sentuh n siapkan. apa2 pon aku harap leh wat dengan baik & cemerlang. yang penting walau aku sibuk camne pon org yang aku sayang xpernah aku lupakan walau sesaat pon. sentiasa dihati n sanubari aku ini. arghh..leganya bila dah luahkan sumenya di blog neh. moga2 segala kepeningan dan keserabutan aku ni akan hilang dan aku kembali tenang n amam seperti biasa. yang penting iman boleh n cayalah..............iman... =) ~IMAN BEST~

No comments:

Post a Comment