Friday, March 25, 2011

IMAN BESTARI

Jika dulu jenama produk keluaran IMAN BEST menguasai UPSI kini jenama atas nama IMAN telah dikemaskini. Terbaru aku menubuhkan IMAN BESTARI yang menyediakan kelas bimbingan kepada para pelajar. Entah lah aku sendiri masih lagi xpaham cara2 nak menubuhkan syarikat atau pusat tusyien ne. Tapi aku dah memulakan operasinya bermula minggu ini. Sekarang aku baru mula proses mempramosi jek kepada para pelajar. Ramai pelajar yang memberika respon positif. Jika tiada aral melintang, insyAllah minggu depan aku akan memulakan kelas bimbingan tersebut. kelas ne terbahagi kepada dua kelompok dan setiap kelompok hanya melibatkan 10 orang pelajar. Tujuannya supaya aku boleh memberikan tumpuan yang lebih kepada semua pelajar dalam kelompok. Hanya subjek yang aku mahir saya yang aku tawarkan iaitu subjek Sejarah dan Geografi. Kelas bimbingan aku akan diadakan dirumah aku seperti dalam jadual kelas yang telah disediakan. Sedikit bayaran dikenakan kepada setiap pelajar secara bulanan. Pelbagai keistimewaan yang akan diperolehi oleh pelajar kelas bimbingan aku ne. Antaranya bimbingan dijalankan secara individu dan kelompok kecil, proses pembelajaran secara konprehensif dan latihan secara intensif, nota dan buku latihan disediakan, gaya pembelajaran tutorial, guru pembimbing yang berpengalaman dan pendaftaran pelajar adalah percuma. Tawaran kelas bimbingan IMAN BESTARI ini adalah dibuka hanya kepada pelajar tingkatan satu dan kepada pelajar yang berminat sahaja.
Hehe.. boleh plak aku promosikan kelas bimbingan aku kat blog ne. bukan apa saja ja nak maklumkan kepada pembaca2 blog neh semua. Apa yang aku harapkan kini adalah semua orang disekeliling aku mendoakan agar usaha aku ini akan membuahkan hasil dan memberi pengalaman yang baik kepada aku. Caya lah Iman.. hehe.... ~IMAN BEST~

No comments:

Post a Comment