Friday, February 27, 2009

cOmment cemerlang - biarlah rahsia -

Semua yang bernyawa pasti inginkan kebahagiaan. Selagi mana kita bernafas, selagi itu lah kebahagian adalah matlamat hidup kita.

Namun, dalam mencapai kebahagiaan ini, kita sanggup melakukan apa sahaja, malah ada ketika kita rela untuk membuat pengorbanan demi kebahagiaan.. Bahagiakah kita, apabila kita terpaksa menanggung kos lepas dalam kehidupan..?

Walau apa pun, kebahagian itulah yang dicari meskipun untuk tempoh yang singkat. Meskipun kebahagiaan kita itu adalah kesengsaraan, kesedihan dan bagi orang lain..

Inilah lumrah hidup. Sesetengah pihak berpendapat ‘life is unfair.’ Benarkah?

Yang penting, the balance of life, Ying & Yang.

Percaya atau tidak, masa bisa merubah segalanya… Kesengsaraan hari ini mungkin kebahagiaan untuk hari esok, begitu juga sebaliknya, kebahagiaan hari ini pula mungkin akan membuatkan kita sengsara di hari esok… Kecuali jika tiada lagi hari esok untuk kita, maka segalanya akan menjadi noktah impian.

Apa yang penting adalah muhasabah diri atas apa yang kita lakukan. Bersederhana dalam hidup. Saling pecaya serta menghormati mereka yang berada di sekeliling kita... Walaupun kita berbeza pada zahirnya, namun, percayalah, kita semua saling melengkapi. Umpama jari-jari di tangan kita.. Dan itulah yang membuatkan kita bahagia...

No comments:

Post a Comment