Wednesday, February 4, 2009

haKikaT SebUah CinTa

Aku termenung panajang, seakan memikirkan sesuatu. Apa? Aku sendiri tidak mengerti. Sedih, pilu dan kecewa itulah peasaan yang dialami bila terputusnya sebuah hubungan. Namun itulah hakikat yang terpaksa aku terima bilamana hubungan yang terbina sejak sekian lama terputus ditengah jalan. Di sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Itulah ungkapan bidalan melayu yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang aku alami. Aku akui siapalah aku ini ingin menghalang takdir ilahi yang menentukan suratan kehidupan insan. Aku harus kuat menghadapinya dalam meneruskan kehidupan ini. Walau pun dilanda bagai ombak besar nan menggila, aku harus tabah dan sabar menerimanya kerana apa... kerana hidup itu tanpa dugaan pastinya tiada seri keindahan likuan mengharungi kehidupan.

Kisah duka setiap manusia adalah berbeza. Begitu juga dengan aku. Kisah kita walau hampir sama tapi nyata ia berbeza. Walau ramai mengatakan kisah duka itu biasa dalam kehidupan namun tafsiran kita berbeza, penerimaan kita berbeza dan cara kita menghadapinnya juga berbeza. Aku dengan cara ku yang tersendiri dan begitu juga dengan meraka yang lain.

Kisah dukaku ini meruntun jiwa, mengacau hidup, mengusutkan fikiran dan sebagainya.. Hari-hari ku di imbau dengan kenangan mengusik jiwa. Kekadang terasa perpisahan itu terlalu berat dan sukar dihadapi. Namun realiti perlu aku tempuhi demi meneruskan sebuah kehidupan yang menggembirakan. Duka lara itu sering menjadi persoalan bagi ku. Mengapa selalu mengiringi perjalanan hidupku? Aku mahukan sebuah kehidupan yang sempurna, bahagia dan baik sentisa. Meskipun begitu aku harus sedar, hidup tidak selalunya indah. Kehidupan yang indah lagaknya hanya layak dimiliki oleh penghuni syurga ilahi pastinya. Tapi bukan aku. Aku seorang insan kerdil yang dipenuhi dosa dan noda. Sesat dalam jelas kabur dalam terang....

Hidup sebagai insan pastinya ingin memiliki segalanya. Namun disebalik impian yang tinggi itu, ternyata semuanya bukan milik kita. Perasaan kecewa merampas suka dan gembira. Kerana apa setiap langkah tersilap atur cara pasti mengundang hampa. Aku sering keliru dengan kehidupan ku sendiri. Apa yang aku kejarkan aku sendiri tidak pasti. Bukan kemewahan yang ku cari, bukan kecantikan yang ku ingin miliki tapi hanya sekadar secebis kebahagian dan kegembiran yang sempurna. Sepatutnya aku harus tahu, semua itu terlalu sukar untuk aku kecapi. Kerana apa, ikhlas dihati ku dan dihatinya belum bersatu.

Aku sebagai insan, selalu memikirkan impian. Impian yang aku bina dalam mimpi-mimpi semasa kecil sehingga dewasa kini. Tapi untuk kali ini aku kecewa, tapi tidak akan sesekali melupakan impian itu sebaliknya aku akan cuba merealisasikannya. Walau jelas semua orang di sekeliling mengatakan aku ‘Mat Jenin’, biarkanlah… sedikit pun tak terkesan kepada ku kerana apa menjadi hak ku untuk terus hidup bahagia.

Untuk kali ini, aku biarkan sedih, pilu dan kecewa ini terus menguasai diriku. Kerana bagiku itu lah yang sepatutnya aku hadapi selagi aku terus begini. Aku perlu sedar cinta itu tidak boleh dimiliki kerana cinta menjadi hak individu untuk menyerahkannya kepada sesiapa yang bertakhta dihatinya. Mungkin sekarang aku bukan pilihannya tapi pastinya aku akan terus bersemadi menjadi satu kenangan dan nostalgia abadi bagi dirinya sepanjang mengharungi hidup ini.

Untuk terakhir kali, telitilah kembali kata-kata ku ini. Ulangilah memahaminya. Carilah dimana kekuatan, kelemahan dan anggapan mu kerana tafsiran kita berbeza. Sebenarnya kegagalan dan kesilapan dalam perhubungan bukanlah sesuatu yang patut ditakuti sebaliknya adalah sesuatu yang patut kita gunakan untuk menjadi lebih tabah dalam menghadapi kehidupan dimasa mendatang. U I LOVE - Didikasikan untuk insan yang pernah memiliki hati, perasaan dan jiwa ku -

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta

1 comment: