Wednesday, February 4, 2009

memOri biSkUt bEraS

Lelaki memang terkenal dengan keegoannya. So macam tu jugak dengan aku. Aku pon ada ego sendiri. Tak nak mengaku kalah dan mengakui kelemahan diri semata-mata kerana ego yang menebal. Heee3.. memang menarik bila berbicara mengenai ego ner. Bukan apa setiap manusia ada egonya. Tapi perlu untuk kita mengatahui tahap ego masing-masing keran setiap individu itu berbeza. Aku pon tak tahu la di mana tahap ego aku. Mungkin mengikut situasi kot. Bila situasi itu mencabar kejantanan aku mungkin tahap ego aku tinggi. Terutama bila berdepan dengan perempuan. Ala... memang betul semua ner. Kalau tak percaya pergi la interview mana-mana lelaki yang ada kat seantero dunia ne ( peringatan : hanya lelaki sejati jek tau ). Pasti-pasti la jawapan mereka sama dengan aku ner.

Haaa... kat sini aku nk tunjukkan betapa kadang-kadang keegoan itu membuatkan manusia ner betul-betul kelihatan bodoh + sengal. Memori biskut beras ner memang betul-betul aku hadapi. Baru jek beberapa hari lepas. Memang memalukan bila perkara ini terjadi. Bukan apa perkara yang berlaku kecik jek tapi kerana keegoan untuk mengakui kebenarannya akhirnya menyebabkan kita termalu sendiri. Haaa3... =) sebenarnya begini....

Beberapa minggu lepas ada seorang member aku ner ajak aku pergi round-round tesco (tapi kita org tak sokong produk Israel tau hu3..). So aku pon join la. Sampai ja line biskut-biskut ner member aku ner ambil la biskut beras ner dalam 3 pek. Uhu3... aku yang tengok pon hairan la. “Waa.. dah besar pon makan biskut beras lagi. Tak malu betoi la macam baby la plak” semangat aku kutuk member aku tu. Tapi dia buat tak heran jek & kata yanag biskut beras ner sedap n sesuai dimakan sebagai sarapan. Kah3... aku gelak besar waktu tu sebab apa, ada ke dah besar panjang sarapan dengan biskut beras. Siap ada pelbagai perisa lagi tu. Memang kelakar sangat la bagi aku. Tapi member aku ner tetap buat dek jek dengan kata-kata aku tu. Emm.. boleh tahan jugak telinga dia ner. Langsung tak de respon bila aku kutuk dia huuu3..

Sampai jek rumah, kawan aku ner pon suruh la aku rasa biskut beras ner. Ikut hati memang la nak juga rasa tapi disebabkan ego aku yang tinggi tu & tak nak malu dengan kawan aku tu so aku tolak dengan cara yang agak-agak brutal la. “Eleh.. mu ingat aku baby ka nk makan biskut beras cam mu tu”. Waa.. sentap kawan aku tu bila aku berkata demikian. Dengan muka sekupang dia blah cam tu jek ke dapur. Nangis kot..heee3.. ntah la aku pon tak tau la napa dia blah cam tu jek. Kecik ati kot ngan kaata-kata aku tu. Emm..biarkan jek la..

Tengok bertapa kejamnya aku sampai melukakan hati kawan aku tu semata-mata untuk pertahankan ego aku tu. Aha.. aku tak kisah la yang penting aku menang. Sebenarnya bukan aku tak boleh terima yang biskut beras tu sedap & sebagainya tapi aku malu kalau-kalau memang betul biskut beras tu sedap. Tapi aku ok jek.

Namun siapa la aku kan... lama-lama perasaan nak merasa biskut beras tu membuak-membuak melanda jiwa aku ini. Last2 aku tewas jugak dengan pujukkan hati aku. Aku pon amik la sebungkus biskut beras tu & terus bukak. Aku makan la cepat2 depan member aku tu supaya dia tak syak sebarang riaksi aku. Aku pn buat dek ja la pas makan biskut beras tu...

Tapi siapa la aku kan. Aku tak boleh la nk sembunyikan mimik muka aku yang macam cicak ner depan member aku tu. Ya..tuhan.. memang sedap rupanya biskut beras tu. Patut la member aku suka sangat makan benda tu. Member aku pon tanya la aku apa pendapat setelah makan biskut beras tu. Tapi ego aku kuat sangat so aku menafikan la kesedapan biskut beras tu & aku katakan rasa biase jek.

Kah3.. member aku gelak beso dengar kata-kata aku tu tau. Dia kata mulut boleh la nafikan tapi mimik muka dan respon aku mana nak sorok. He3.. aku tak perasan plak yang aku habis makan sebungkus biskut beras tu. Sedap sangat la. Memang aku dah jatuh hati la dengan rasanya. Walaupun ada perisa jagung n sebagainya tapi memang ternyata la biskut tu sedap sangat.

Tu la kalau ego aku tak tinggi awal2 dulu tak la aku malu cam ner. Nasib baik la member aku tu faham & tak kutuk aku cam aku kutuk dia dulu hu3. So pas tu aku ajak member aku tu pergi beli biskut beras tu kat tesco. Sebab aku jujur mengaku pada member aku tu bahawa biskut beras ne memang sedap maka member aku tu hadiahkan aku 4 pek biskut beras. He3.. bertuahnya badan kan dapat benda pree he3. kalau tau macam ner dari awal2 lagi aku dah kata biskut tu sedap. Apa2 pon ingat la ek tak de gunanya pertahankan ego tu. Kadang2 kita kena gak biase2 jek. So moral dari kisah ne ego tinggi mana pon tak guna kerana lama2 akan tertunduk jugak. Kalau belagak sangat & nak pertahan kan ego tu sangat2 so bersedia la berdepan dengan risiko yang tak dijangkakan ok. Dont ego2 lagi ek!

No comments:

Post a Comment