Thursday, February 26, 2009

Cinta yang hakiki.



Maaf kalau luahan rasa ini menganggu ketenteraman sesiapa sahaya yang mengunjungi blog ini. Tapi aku masih yakin hati kalian masih terbuka luas untuk menilai dan menghayati maksud yang terselit dicelah-celah kata-kata ku ini. Mudah-mudahan ada kebaikan untuk semua.

Ketahuilah...
Cintakan Allah dan islam itu adalah cinta yang paling agung. Kasih sayang Allah terhadap manusia lebih cinta ibu kepada anaknya. Oleh itu mencintai manusia lebih daripada menyintai Allah adalah satu dosa. Cinta manusia adalah cinta sementara dan palsu. Didunia kita boleh berjanji sehidup semati tetapi diakhiran belum tentu lagi.

Selamai ini perhubungan kita memang sucijika disuluh dari kaca mata adat dan tatasusila orang-orang melayu. Tetapi masih jauh lagi dari bersih jika disuluh dengan syariaat. Kita selalu bertemu dan melanggar pantang larang Allah dalam pergaulan, walaupun belum pernah berlaku apa-apa.

Romeo dan juliet boelh bercinta sehingga sampai rela membunuh diri kerana mereka bukan islam. Laila dan Majnun boelh menghabiskan sebahagian besar dari alam remajanya untuk bercinta kerana mereka masih lagi tebal dengan adat dan tdak pernah diledakkan dengan semangat jihat fisabilillah. Tetapi berlainan dengan kita. Kita hdup di saat islam sedang bangkit, islam sedang mara. Aku rela mengorbankan masa remaja dan dewasaku ini untuk menjadi hamba kepada langkah “pemuda gua Ashabuk Khafi’ memburu cinta ilahi.

Dialah Allah, aku dan diri mu kalian, sama-sama menghirup nikmat dibawah kekuasaanNya. Nikmat melihat, mendengar, berkata-kata, berakal, berperasaan dan sebagainya. Aku rasa berdosa jika merebut rasa kasih dalam hatimu kalian yang sepatutnya diserahkan kepadaNya. Oleh itu kalaian, taatilah perintahnya dan jauhilah larangannya. Aku harap kalian akan berasa begitu. Tidak patut sekali kalian menyintai manusia, seorang hamba. Jika benar cinta kalian suci, serahkanlah kepada dia yang maha suci. Buka kepada manusia seorang manusia yang ketar dan berdosa.

Seringkali aku melatih diri untuk beribadat. Biarlah mataku pedih ditengah malam, setelah ia kabur dengan panahan surat cinta. Biarla bibirku kembali basah denagn zikir dan selawat kerana selama ini ia telah dinajishi oleh alunan-alunan cinta.

Hidup yang berlalu, sesungguhnya ianya terlalu ganas untuk diharungi. Lupakanlah dunia pura-pura dahulu, perjumpaan-perjumpaan semalam, kenangan-kenangan silam dengan air mata taubat pada malam hari. Membuka tirai baru dalam kehidupan.

Kalian, teman-temanku....
Kekesalan dan keresahaan mengheret aku untuk mengenali Allah. Kesilapan dahulu benar-benar aku insafi. Kini, alunan ayat-ayant suci Al-Quran terlalu rindu untuk aku harungi seperti aky menghayati lagu-lagu cinta dahulu. Air mata yang sering tumpah kerana cintadulu kini menitis lagi seakan-akan membasuh dosaku yang lalu. Kini aku psrah dengan takdir tuhan. Aku sedar madu yang ku kecapi dahulu telah bertukar menjadi hempedu yang mengajar aku erti sebuah kehidupan.

Kupanjatkan doa kehadrat Ilahi agar aku dan kalian beroleh pertunjuk daripadaNya. Dalam coretan ini tiada apa-apa yang aku pinta. Aku hanya ingin meluahkan bicara hatiku ini. Maaf ku pinta jika ini mengecewakan kalian. Aku tidak berhak memaksa kalian untuk mengikut jejak ku kerana kekuatan hati sentiasa melebihi kekuatan akal.

Hidup ini tidak selalunya indah, kerana disitulah keindahan hidup. Ahaaa... berusahalah manjaga hati, hati-hati yang mencintai yang satu (ALLAH) akan bertemu jua akhirnya. Mungkin kita akan terpisah sebelum sempat bertemu... siapalah tahu. Amin.

No comments:

Post a Comment