Thursday, September 29, 2011
Kejohanan Mini Olahraga SMK Kapit 2011
Alhamdulillah... selesai sudah Kejohanan Mini Olahraga SMK Kapit 2011. Hehe secara rasminya aku telah dilantik menjadi pengacara majlis sepanjang kejohanan dua hari ini berlangsung. Sepanjang menjadi mc dalam kejohanan ini aku rasa sangat2 la seronok & hapy sbb salah satu tugasa aku adalah membebel tentang acara yang sedang berlangsung. Memang menjadi kegemaran aku la bila diberi peluang tok membebal hik3. Tapi bebelan aku bukan perkara yang merepek dan mengarut2 ja, semua perkara berkaitan kejohanan ini akau sampaikan. Sepanjang kejohanan ini berlangsung aku langsung tidak mengalami masalah cuma ada la beberapa part yang xbest nak distorykan. Hehe.. biase la tu klo dah keja kena la buat baik. Berita yang lebih menggembirakan lagi adalah berkemungkinan besar aku akan di kekalkan pada posisi mc dalam kejohanan MSSG Kapit 2012 yang mana sekolah aku akan menjadi tuan rumah. Hope prestasi terbaik aku kini dapat dikekalkan dan segala kelemahan pastinya akan aku perbaiki. Kat sini aku sajikan beberapa pic tok tatapan semua. Ahaks... hope semua bergembira ya. ~IMAN BEST ~
Cinta yang satu
Sepi lagi hati ku ini, biarpun begitu selama ini, aku harus kuat menghadapi hari-hari yang berlalu pergi, demi dirimu. Aku sunyi, bila berjauhan dengan mu, diri mu ku rindu saban waktu. Aku teringat dan memikirkan mu sehingga satu ketika ia membuahkan air mata. Aku rindu, hanya pada mu, kau cinta hati ku selamanya, aku perlukan mu, aku mahukan mu, aku sayang dan aku cinta mu. Dihati ku, hanya kau satu, yang bertahta di sanubari ku, hanya kau saja. Kau terlalu istimewa dan bermakna, bagi ku kau sungguh indah dan membawa bahagia. Aku gembira dan juga ceria, kau ukirkan senyum ku sentiasa, gelak tawa senda mu, membawa ku ke alam khayal yang indah juga, memberi seribu makna. Hati ini, telah kau miliki, tak kan ku memberi selain diri mu. Kau yang ku sayangi dan ku pujaai, sentiasa berada dihati. Diri mu, sumber ilhamku, diri mu itu, nyawa bagi ku, kau umpama, sumbu hidup ku, yang menyalakan dan menghangatkan. Jika kau tiada, pasti ku hampa, lumpuh diri ku ini, tiada berdaya. Jika kau menghilang dari hidupku, tiada maknanya untuk ku bernafas di dunia ini lagi. Aku harap, engkau dan aku, akan kekal abadi dan sejati, biar apa jadi, selepas ini, pastikan hati mu dan hati ku kan terus bersatu. Aku ikhlas, mencintai diri mu, aku tahu engkau juga begitu. Kasih sayang kita, tak pernah luntur, walau hanya sekekita cuma. Aku doa, kau dan aku bahagia, bukan di dunia saja, malah akhirat juga. Untuk kita sama menjejak kaki ke syurga ilahi yang kita mimpi. Oh.. diri mu, jangan tinggal kan ku. Aku harapkan mu, kan terus mencintai ku, sama seperti ku yang selalu teringat dan memikirkan tentang mu. Wahai kasih, kau tetap abadi, dalam diri ini hanya kau pasti. Aku berjanji pada ilahi hanya di kau pilihan hati. Cinta ini dan kasih ini, begitu juga dengan sayang ini, rindu yang menebal dan perasaan ini akan terus bersemadi di hati. Moga kita, akan terus bahagia, aku menjadi milik mu, kau menjadi milik ku, hanya satu yang ku mahu, cinta kau dan aku akan terus bersatu selamanya. ~IMAN BEST~
Wednesday, September 28, 2011
Pandang cermin melihat diri sendiri.
Hari-hari aku mengadap cermin. Cermin yang menjadi medium uantuk aku melihat wajah aku yang tak seberapa ensem ini. Tapi kali ini berbeza pandangan ku pada cermin. Aku sendiri tak mengeti. Aku termenung panjang di hadapan cermin. Ku belek-belek sekitar wajah aku yang ala kadar ini saja. Entah aku sendiri masih tak tahu apa yang aku cari pada wajahku ini. Emm.. cantik. Perkataan ringkas tekeluar dari birai bibir ku yang munggil. Cutenyaa… kacak…tapi…emmm… tiba-tiba perasaan gembira yang melanda hati aku ketika melihat wajahku ini menjadi tak keruan. Mataku mula begenang air. Argh.. semakin luar kawalan. Satu persatu mutiara jernih yang aku simpan tehambur keluar laju menitis membasahi pipiku. Aku tak mengerti apa maksud titisan air mataku itu sendiri. Aku beralih tempat. Ku cari sudut paling sesuai di dalam kamarku. Aku meletakkan kepala di lengan kananku, sambil jari jemari lengan kiriku sibuk memicit kepalaku yang langsung tak pening. Aku mengerutkan dahi yang tidak membawa maksud apa-apa. Lama fikiranku kosong dan melayang. Melayang entah kemana. Aku mengingatkan kembali wajahku didalam cermin. Selama ini aku tidak pernah memerhatikan wajahku dengan seteliti itu. Parut. Jelas lagi kelihatan di hujung bucu dahi sebelah kanan. Kini sudah tertutup sedikit dengan anak-anak rambut yang mula memanjang. Ya.. aku ingat lagi parut itu. Telah lama aku tidak hiraukan parut itu. Parut yang telah memberi aku seribu pengajaran ketika di zaman kanak-kanak. Aku ingat lagi bagaimana wajahku yang licin dicalari dengan luka akibat kenakalan ku semasa zamana kanak-kanak. Ketika itu aku menaiki basikal. Basikal tua milik ayahku. 8 tahun. Itu umur yang terlalu muda untuk mebawa sebuah basikal tua yang sekali ganda besarnya dari tubuh aku yang comel. “Mike jangan menggatei ya nak bawak basikal tu, kang klo jatuh, udah bedaroh, tumpor plak aboh nak bawak mike ke klinik. Udah jagan degei. Dengor cakap aboh neh”. Demikian bebelan ayah ketika aku bekeras nak mebawa basikal tua miliknya. Aku.. kanak-kanak yang degil dan nakal. Hilang saja ayah dari pandangan mataku, meluru laju aku menolak basikal kesayangannya tu ke depan rumah. Haha… dengan bangganya aku membawa basikal itu dengan kaki yang tidak sampai. Atas bantuan kakak ku, aku berjaya menaiki basikal tersebut dan terus membawanya tanpa perasaan takut. Malang mamang tak berbau. Nasib ku tak baik hari itu. Sedang aku meluru laju membawa basikal tersebut, rupanya tanganku tidak sampai mencapai brek basikal. Oh…tuhan… parit menjadi destinasi aku dan basikal ayah menjunam. Habis baju sekolah agamaku yang berwarna unggu menjadi gelap. Tambahan pula dengan bau limbah dan lumpur yang pastinya meloyakan siapa saja yang menghidunya. Aduhhhhh..aku menjerit kuat. Kakak ku yang berada disitu dengan segera menarik ku keluar dari parit yang maha busuk itu. Aku memejam mata. Mengalir aliran panas dari atas dahiku. Ya.. aliran itu berwarna merah dan semakin laju menuruni ke setiap ceruk wajahku. Aku menjerit kesakitan. Kepala ku terluka akibat terhantuk dengan badan basikal. Lukanya dalam. Darah keluar tanpa henti. Aku segera dihantar ke klinik oleh kakak ku. Alhamdulillah… aku selamat. Hanya mengalami luka ringan dan ada sedikit calar balar disekitar tubuhku ini. Setelah sembuh luka ku itu aku melihat cermin. Aku bertanya sendiri adakah parut ini akan kekal sehingga aku tua?. Kini sudah 18 tahun kejadian itu berlaku. Namun parutnya masih kekal jelas sehingga aku kini berusia 25 tahun. Kalau aku dengar nasihat ayahku dulu pastinya aku tidak memiliki parut ini. Tapi apakan daya perkara sudah berlaku. Sesungguhnya kejadiaan ini benar-benar telah menyedarkan aku tentang satu perkara. Luka diluar dapat disembuhkan, luka dihati siapalah tahu. Jadi moral dia, pandang cermin, tengok diri dalam-dalam, hayati identiti, kenali personaliti, menilai kendiri. Mudah-mudahan kita akan jumpa siapa sebenarnya diri kita. ~IMAN BEST~
Subscribe to:
Posts (Atom)