Thursday, September 29, 2011

Cinta yang satu






Sepi lagi hati ku ini, biarpun begitu selama ini, aku harus kuat menghadapi hari-hari yang berlalu pergi, demi dirimu. Aku sunyi, bila berjauhan dengan mu, diri mu ku rindu saban waktu. Aku teringat dan memikirkan mu sehingga satu ketika ia membuahkan air mata. Aku rindu, hanya pada mu, kau cinta hati ku selamanya, aku perlukan mu, aku mahukan mu, aku sayang dan aku cinta mu. Dihati ku, hanya kau satu, yang bertahta di sanubari ku, hanya kau saja. Kau terlalu istimewa dan bermakna, bagi ku kau sungguh indah dan membawa bahagia. Aku gembira dan juga ceria, kau ukirkan senyum ku sentiasa, gelak tawa senda mu, membawa ku ke alam khayal yang indah juga, memberi seribu makna. Hati ini, telah kau miliki, tak kan ku memberi selain diri mu. Kau yang ku sayangi dan ku pujaai, sentiasa berada dihati. Diri mu, sumber ilhamku, diri mu itu, nyawa bagi ku, kau umpama, sumbu hidup ku, yang menyalakan dan menghangatkan. Jika kau tiada, pasti ku hampa, lumpuh diri ku ini, tiada berdaya. Jika kau menghilang dari hidupku, tiada maknanya untuk ku bernafas di dunia ini lagi. Aku harap, engkau dan aku, akan kekal abadi dan sejati, biar apa jadi, selepas ini, pastikan hati mu dan hati ku kan terus bersatu. Aku ikhlas, mencintai diri mu, aku tahu engkau juga begitu. Kasih sayang kita, tak pernah luntur, walau hanya sekekita cuma. Aku doa, kau dan aku bahagia, bukan di dunia saja, malah akhirat juga. Untuk kita sama menjejak kaki ke syurga ilahi yang kita mimpi. Oh.. diri mu, jangan tinggal kan ku. Aku harapkan mu, kan terus mencintai ku, sama seperti ku yang selalu teringat dan memikirkan tentang mu. Wahai kasih, kau tetap abadi, dalam diri ini hanya kau pasti. Aku berjanji pada ilahi hanya di kau pilihan hati. Cinta ini dan kasih ini, begitu juga dengan sayang ini, rindu yang menebal dan perasaan ini akan terus bersemadi di hati. Moga kita, akan terus bahagia, aku menjadi milik mu, kau menjadi milik ku, hanya satu yang ku mahu, cinta kau dan aku akan terus bersatu selamanya. ~IMAN BEST~

No comments:

Post a Comment