Assalam. Semalam tergerak hati untuk membuka kembali blog yang sudah lama ditinggalkan. Entah kenapa hati seperti ingin berkongsi sesuatu cerita dan pengalaman bersama-sama mereka yang sudi membaca. Sepanajang menyepi diri dari arena penulisan ini pelbagai perubahan hidup dilalui dari hari ke hari. Jika dulu masih keseorangan tetapi kini tidak lagi. Diri sudah bergelar suami dan tidak lama lagi akan begelar bapa. Sungguh pantas masa berlalu. Di rasakan zaman belajar di universiti seakan-akan baru semalam melewatinya. Namun, tanpa disedari sudah 6 tahun diri ini meninggalkan zaman begelar pelajar universiti dan sudah 6 tahun juga diri menjadi seorang pendidik.
Utusan yang pertama kali ini tidak banyak yang ingin dikongsikan. Cukuplah hanya untuk menyatakan bahawa terlalu banyak perubahan telah berlaku sejak menamatkan pembelajaran di universiti. Jika persoalan berkaitan tugas dan kerja, semua telah sedia maklum bahawa diri ini telah begelar pendidik atau seorang guru. Tidak disangka-sangka, 6 tahun sudah berkhidmat di Sarawak. Diimbas kembali ketika penempatan pertama sebagai seorang guru, diri ini agak khuatir dan bimbang apabila akan di tugaskan di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, alhamdulillah. Takdir tuhan telah menentukan diri ini telah ditempatkan di sebuah sekolah yang selayaknya digelar sebagai "tepat membagunkan potensi diri sebagai seorang guru yang cemerlang".
Ditempatkan di sekolah di kawasan pedalam Sarawak bukanlah satu yang boleh diraikan oleh kebanyakkan guru-guru baharu. Namun berbeza dengan diriku yang menerima ketentuan ini bagaikan sebuah anugerah dalam memajukan diriku. SMK Kapit, sebuah sekolah di kawasan yang agak jauh dari kepesatan bandar utama. Aku suka akan KAPIT dan terlalu gembira untuk berada di KAPIT. Walau ramai guru mengeluh untuk berkhidmat disana, namun keluhan mereka tidak penah memutuskan semangat aku untuk memberikan yang terbaik sepanjang berkhidmat disana.
Kapit merupakan satu 'dunia' yang agak berbeza dari pelbagai sudut. Entah mengapa aku amat mudah untuk membiasakan diri dengan keadaan disana. Tiada beza taranya dengan mana-mana tempat yang pernah aku kunjungi. Suasana di Kapit seakan-akan dekat dihatiku yang juga merupakan seorang budak kampung. Tiada yang istemewa tentang diriku untuk mengatakan aku tidak seronok disana, Rakan-rakan guru dan anak-anak murid sememangnya yang terbaik. Saling membantu, sayang menyayangi dan bekerjasama antara kami.
Namun jodohku bersama SMK Kapit hanya seketika, Berkhidmat selama 3 tahun disana banyak mendewasakan diri aku dalam memajukan diri untuk terus cemerlang. Alhamdulillah, permohonan pertukaran tidak sengaja yang dipohon dimakbulkan. Aku masih berkhidmat di Sarawak, cuma lapangan dan tempat berkhidmat sudah berbeza. Menjadi cabaran untuk diriku memberikan yang lebih baik kerana ketika ini aku berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di bandaraya Kuching. SM Sains Kuching Utara (SAKURA) telah mengorakkan lagi langkahku untuk terus maju di dalam arena pendidikan.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMK Kapit dan seluruh penduduk Kapit, Sarawak yang telah mendorong aku untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya. Terima Kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang telah memberikan penghargaan kepada diriku apabila dipilih uantuk menerima Anugerah perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2013. Nampaknya semua usaha dan kegigihan berkhidmat selamat 3 tahun disana berbaloi apabila dihargai begini. Pastinya aku merindui setiap kenangan di Kapit amnya dan di SMK Kapit khasnya. Semoga satu masa nanti aku akan kembali lagi ke daerah ini untuk melihat anak-anak disini membangun menjadi insan yang terdidik, Terima Kasih KAPIT.