Sunday, August 9, 2009

BICARA CINTA LUKA

Melihat tajuknya saja sudah pasti ramai yang tahu apa yang ingin disamapaikan.
Bukan niat untuk membuka pekung didada tetepi hanya cuma ingin berkongsi cerita. Aku sebagi insan sama seperti yang lain. Seringkali menghadapi duka dan kecewa. Memang itu bukan kehendak kita, tapi siapalah kita hendak melawan takdir yang sememangnya tersurat buat diri kita.

Melangkah kealam dewasa sahaja pelbagai cabaran harus aku tempuhi. Namun semua cabaran ini yang mematangkan diri aku dalam menilai sesuatu perkara terutama siapa diri aku sebenarnya. Cabaran dalam soal hati dan cinta ini pastinya sinonim dengan lumrah kehidupan seorang remaja seperti aku. Aku tak terlepas dari tergoda untuk terjerumus ke lembah perasaan cinta dan buaian rindu dikalbu.

Emm...semakin aku melayani perasaan cinta ini, sebenarnya semakin aku tahu apa yang aku inginkan. Berkali-kali dikecewakan tak menghalang untuk aku terus mencuba. Berharap suatu hari nanti pastinya ada cinta yang hakiki untuk aku miliki. Bukan berharap terlalu tinggi, cuma impian tersemat dihati.

Saat jatuh cinta, semua indah belaka. Janji-janji ditabur bagai hamparan permaidani kesyurga cinta. Indahnya cinta saat itu, hanya yang merasa mengatahui apa ertinya. Bagaikan bulan menyinari seluruh alam, bagaikan bintang dipeluk penuh, bagaikan mentari tak pernah tenggelam. Bila rindu datang melanda, bukan lagi umpama pungguk rindukan bulan, tapi umpama musafir kehausan. Begitulah hebatnya kuasa cinta.

Panas yang diharap tak semestinya berpanjangan. Mendung dan hujan bukan dalam ramalan. Begitu juga perhubungan. Kasih sayang yang disemai harap subur selamanya tapi lupa racun yang ditakuti sentiasa ada. Racun-racun inilah yang menyedarkan kita apa itu sebenarnya.

Saat ditinggalkan? Adakah gembira, suka, kecewa, sedih, terkilan, menangis, ketawa dan bermuram durja? Entah.. pelbagai perasaan datang melanda jiwa. Tapi satu perasaan yang pastinya jangan dirasa iaitu... “Bagaimana rasanya mati itu?”

Inlah bicara cinta luka. Hati yang dilukai, dikecewai dan dikhianati apa ubatnya? Adakah mencabut nyawa itu tanda nokhtahnya? Pastiiii? Jika itu pilihan yang ada, tiada masalah untuk dilakukan jika benar-benar cinta dan dia adalah milik kita.

3 comments:

  1. aku turut sedih jugak iman..aku pun on d way kecewa ni..huhuuh

    ReplyDelete
  2. so sama2 la kita kecewa.. otw ke dah ke kecewanya kita tetap akan kecewa huhu. sedih lor...

    ReplyDelete
  3. so..sama-sama kita nangis..1,2,3,..Huwaaaaaaaa..huwaaaaa!!!

    ReplyDelete