Friday, August 14, 2009

MENITI DI AMBANG USIA 23 TAHUN


emm.. sedar xsedar lagi beberapa hari saja aku akan melangkah ke usia 23 tahun.

skg sedang menghitung hari untuk melangkah ke tangga usia yang lebih dewasa.

xsangka pulak aku boleh hidup sampai skg ner.

rasa bersyukur sgt dengan kurniaan nikmat kehidupan dari ilahi ini.

terasa diri ini amat bernilai sebagai khalifah pilihannya.


bila mana semakin meningkat usia pastinya seiring dengan kedewasaan dan kematangan.

begitulah harapan aku agar aku akan lebih matang dan dewasa apabila mencecah usia 23 tahun.

aku perlu bersedia untuk menerima cabaran dan dugaan dunia usia baru yang pastinya semakin mencabar ketabahan diri aku sebagai seorang insan yang mahu berjaya.


sewajarnya peningkatan usia ini diiringi dengan kematangan diri.

aku mahukan diri aku akan lebih memahami dunia kehidupan yang kadang-kadangnya tidaklah seindah yang dibayangan dan dikehendaki.


aku terus menghitung hari.

sejarah usia 22 tahun perlu aku lepaskan sebagai satu nostalgia dan pengalaman.

tak peru diungkit segala kepedihan dan kegembiraan.

cuma jadikan yang baek itu sebagai sempadan yang xbaek itu sebagai pengajaran.


kenangan-kenangan seusia 22 tahun akan terus tetap bersemadi diminda, jiwa dan sanubari ini.

semua akan terus dikenang kerana ada manis dan pahitnya setiap pengalaman.

aku berharap agar usia lepas ini akan menjadi satu wadah untuk aku

terus menilai dan terus menilai diri aku agar lebih sempurna di mata semua.


doaku pada usia baru ini biarlah aku terus dengan kebahagiaan

kerana aku berhak untuk lebih bahagia dan gembira dari sebelumnya.

aku menghitung hari

diambang usia aku terus menanti

agar kenangan lepas menjadi abadi

menimbulkan satu kemungkinan yang xpasti lagi

dimasa yang belum ku tahu dan ku tak mengerti.


semoga kebahagiaan akan terus bersama ku selamanya

-iman best-

No comments:

Post a Comment